Lupakan tentang kerja sebentar, dan fokus kepada kesejahteraan diri melalui rawatan spa yang holisitik untuk memberikan ketenangan diri ketika spa-cation nanti.
Ketika sedang bekerja di pejabat mahupun menghadiri mesyuarat secara atas talian, anda pasti pernah memikirkan tentang rawatan spa yang cukup merelakskan kala melancong ke destinasi pilihan. Sama ada urutan tradisional atau rawatan moden, setiap sesi spa ini dapat meningkatkan kesejahteraan diri selain memenangkan fikiran, jauh dari kesbukan kotaraya. Lupakan tentang kerja sebentar, dan fokus kepada kesejahteraan diri melalui rawatan spa yang holisitik untuk memberikan ketenangan diri ketika spa-cation nanti.
Berikut adalah 3 destinasi spa-cation yang boleh anda cuba untuk memanjakan diri nanti:
Iridium Spa di The St. Regis Langkawi
The St. Regis Langkawi menjanjikan pengalaman spa-cation yang luar biasa dalam kemewahan yang tersendiri. Selepas seharian mengeksplorasi pulau penuh sejarah ini, pengunjung boleh mendapatkan seleksi rawatan ksejehateraan diri di Iridium Spa yang telah memenangi pelbagai anugerah.
Menggabungkan teknik rawatan moden dan purba, Iridium Spa mahu mengelevasikan setiap sesi dengan esen botanikal tropikal Pulau Langkawi yang sebenar. Setiap pengalaman yang disediakan di sini boleh diolah mengikut keperluan setiap pengunjung, selain pakej spa yang sudah tersedia.
Baca lebih lanjut: 6 Wanita Arab Yang Mencipta Sejarah Di Pentas Dunia