Dari merawat jerawat hinggalah rejim mengelupaskan kulit, EH! kumpulkan tiga produk penjagaan kulit baharu untuk anda cuba bulan ini. Pilihlah, yang mana satu kamu perlukan!
Dermalogica Clear Start Post-Breakout Fix
Direka cipta sebagai rawatan kulit yang ditumbuhi jerawat, krim dalam tekstur gel ini mempercepatkan proses penyembuhan kulit. Ia secara lembutnya menggelupaskan kulit, menyamaratakan ton kulit sekaligus memudarkan kesan jerawat.
Krim ini dibangunkan dengan empat bahan utama iaitu ekstrak Carob Seed dan juga squalane (bahan yang terdapat dari buah zaitun) yang bertindak untuk menyuburkan kulit. Ia juga mengandungi Hexylresorcinol yang memudarkan tompok hitam dan menghalang kesan ‘bengkak’ pada jerawat. Ia turut dilengkapi denghhan asid salisilik yang secara lembutnya menggelupaskan kulit untuk memastikan kulit tiada pigmentasi. Menurut Dermalogica, hasil pemantauan kepada beberapa orang yang mencuba krim gel ini, 86 peratus daripadanya memperlihatkan tekstur kulit yang lebih baik manakala 95 peratus lagi mendapati ton kulti lebih sekata. Malah lebih menarik, krim ini juga berkesan untuk memudarkan parut, yang baru mahupun lama.
Cara penggunaannya, sapukan pada kawasan yang berjerawat, dua kalis ehari iaitu pagi dan malam. Kemudian lengkapkan rejim ini dengan sapuan pelembap.