Onitsuka Tiger mengumumkan kolaborasi selama setahun dengan penyanyi popular, Hael Husaini untuk meraikan #YearOfTheOnitsukaTiger!
Hael Husaini penyanyi yang mendapat beberapa anugerah yang berprestij ini telah membuat kolaborasi bersama dengan brand ini. Oleh disebabkan tahun ini adalah tahun harimau brand ini mengeluarkan koleksi yang berinspirasikan harimau dan membuat eksperimentasi terhadap printing corak haiwan tersebut.
Hael dipaparkan dalam satu siri fotografi di mana bintang popular ini dilihat menggayakan koleksi musim bunga/panas 2022, hasil rekaan pengarah kreatif Onitsuka Tiger, Andrea Pompilio. Helaian-helaian yang digayakan terdiri daripada seleksi pelbagai guna dan pelengkap gaya yang menampilkan cetakan haiwan dan geometri, di samping garisan melintang. Untuk padanan sepatu pula, Hael menyarungkan kasut yang nyata menarik perhatian dengan cetakan bercirikan belang harimau.
Tema fotografi ini tertumpu pada semangat harimau dalam diri Hael. Ritma koreografi sepanjang sesi ini menggambarkan himpunan Musim Bunga/ Panas 2022 dalam langkah dramatik, menyerlahkan kepelbagaian sisi dan mood Hael yang menikmati momen penggayaan dengan caranya tersendiri. Kuat, yakin, berdikari dan berani, Hael nyata merangkumi kualiti agung sang harimau.
“Ini merupakan satu penghormatan besar bagi diri saya untuk diiktiraf sebagai rakan jenama tempatan pertama Onitsuka Tiger Malaysia, lebih-lebih lagi pada tahun harimau! Gandingan ini pastinya meletakkan saya di tempat yang lebih tinggi dalam dunia fesyen, malah saya teruja untuk mencipta lebih banyak lagi dengan jenama ini dalam fesyen mahupun muzik.,” – Hael Husaini.
Koleksi ini perlu ada di wardrobe anda kerana ia mampu membuat Monday blues anda jauh pergi. Warna oren yang terang dapat memberikan anda semangat baru dan menunjukkan anda tampak mudah untuk bergaul. Koleksi yang berani ini dapat memberikan anda seorang yang fashionable and berani mencuba.
Dapatkan koleksi ini di shop shoes online | Onitsuka Tiger dan store berdekatan anda.
Artikel Berkaitan: Bella Hadid Tampil Berseragam Sekolah Di Minggu Fesyen Paris