Harry Styles mengumumkan album baharunya, Harry’s House, dengan teaser video akan datang pada bulan Mei, memuatkan 13 buah lagu.
Harry Styles mengesahkan berita itu pada petang Rabu dengan memuat naik foto dirinya berdiri di siling ruang tamu terbalik.
Dalam catatan baharu di Instagram, Harry berkongsi karya seni dan tajuk album, Harry’s House, bersama-sama dengan tarikh pelancaran pada 20 Mei. Album keluaran baharu itu akan memuatkan 13 lagu baharu. So excited!