Tindakan Will Smith menampar Chris Rock di pentas Oscar kerana mempersenda penampilan isterinya menggemparkan internet, sekali gus mengundang perhatian terhadap alopecia.
Penyakit alopecia adalah masalah keguguran rambut atau bulu di seluruh badan yang teruk sama ada secara kekal atau sementara. Tiada penawar untuk penyakit ini namun rambut mampu tumbuh semula dengan bantuan rawatan yang tepat.
Sejak 2018 Jada Pinkett Smith lantang bersuara mengenai pergelutannya dengan masalah keguguran rambut dan menggambarkan ia sebagai satu pengalaman mengerikan.
Namun dia bukan satu-satunya selebriti yang mengalami masalah ini. EH! bariskan beberapa lagi jelitawan Hollywood yang turut menderitai alopecia selama bertahun-tahun.