Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat terus melakar sejarah di peringkat global.
Semalam, nama Siti Nurhaliza menjadi hangat di Twitter apabila disenaraikan dalam Most Awarded Musicians of All-Time atau pemuzik yang menerima anugerah terbanyak sepanjang zaman oleh The Artist Museum.
Dalam senarai tersebut, penyanyi berusia 43 tahun itu berada di kedudukan ke-27 dengan 329 jumlah kemenangan, mengetepikan barisan penyanyi Hollywood tersohor seperti Justin Timberlake, Katy Perry, Usher, Celine Dion, Christina Aguilera dan Jennifer Lopez.
Mengungguli senarai itu adalah mendiang Michael Jackson dengan 1,003 anugerah, diikuti Beyonce (896) dan Taylor Swift (867). Penyanyi popular dari negara seberang, Agnez Mo turut tersenarai di tangga ke-52 dengan 229 anugerah.