Met Gala 2022 menyaksikan penampilan sulung ahli kumpulan NCT, Johnny Suh dalam gaya ‘Gilded Glamor’ sebenar.
Johnny kelihatan begitu segak di acara berprestij itu dalam persalinan serba hitam Peter Do lengkap dengan ‘mahkota’ yang didandan rapi.
Dengan berjalan di karpet merah Met Gala tahun ini yang bertemakan In America: An Anthology Of Fashion, dia menjadi bintang K-Pop kelima yang menjejakkan kaki ke majlis eksklusif Metropolitan Museum Of Art itu selepas Rain, PSY, Siwon Super Junior dan Lay Exo.