Dua bulan mengumumkan kehamilan, Britney Spears dan Sam Asghari mendedahkan bahawa ‘miracle baby’ mereka telah meninggal dunia.
Britney dan Sam berkongsi khabar duka itu menerusi satu kenyataan bersama yang dimuat naik di Instagram semalam.
“Dengan rasa dukacita yang amat mendalam, ingin dimaklumkan bahawa kami telah kehilangan bayi kami pada awal kehamilan.
“Ia merupakan detik paling memilukan buat mana-mana ibu bapa yang mengalaminya. Mungkin kami patut menunggu lebih lama sebelum membuat pengumuman, namun kami terlalu teruja untuk berkongsi khabar gembira itu bersama peminat.”