Asics Sportstyle mempersembahkan Art In Motion, koleksi kasut ikonik edisi terhad bersama tiga artis dari Asia Tenggara iaitu Kenji Chai, tobyato dan Irin Ariyatanaporn (Ann).
Kerjasama antara artis seni dan label gaya hidup terus menghangatkan pasaran sniker antarabangsa. Terbaharu, Asics Sportstyle mempersembahkan koleksi Art In Motion, sebuah kolaborasi kasut ikonik mereka bersama tiga artis dari Asia Tenggara iaitu Kenji Chai, tobyato dan Irin Ariyatanaporn (Ann).
Koleksi Art In Motion ini meneruskan kempen ulang tahun ke-30 GEL-LYTE III pada 2020 yang menyaksikan Asics berkolaborasi bersama 30 artis dari Asia Tenggara untuk menyuntik kreativiti pada siluet ikonik kasut Asics tersebut. Ia turut mengukuhkan komitmen Asics Sportstyle untuk bekerjasama dan memberikan platoform kepada komuniti kreatif dan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.
GEL-1130
Dengan sentuhan unik pada GEL-1130 klasik, sniker ini menampilkan paten camouflage askar dalam warna signature “Chaigo” oleh Kenji Chai. Artis seni Malaysia ini membawakan karakter alter ego ikonik “Chaigo” yang bermaksud anjing liar dalam Bahasa Mandarin. Melalui kolaborasi ini, dia berharap dapat memberikan inspirasi kepada semua untuk tidak berhanti mengejar cita-cita dan impian. Kenji berasal dari Sandakan, Sabah dan mempunyai 10 tahun pengalaman dalam seni lukisan grafiti.
NOVABLAST
Menceduk inspirasi daripada falsafah Cina iaitu yin dan yang, kasut NOVABLAST ini menampilkan desain hitam dan putih asimetri dengan sentuhan warna merah jambu serta tampalan velkro yang boleh ubah pada lidah kasut. Dihasilkan oleh artis tobyato, ia mengeksplorasi keseimbangan antara hitam dan putih, juga penyatuan elemen berlawanan sebagai satu energi. Desain motif belang harimau pula memberikan penghormatan kepada kepercayaan Cina tradisi iaitu nafas harimau mampu menghasilkan angin di dunia, seperti hembusan kreativiti.
JAPAN S
Mencerminkan estetika warisan sniker bola keranjang, JAPAN S dapat memberikan langkahan bertenaga pada kaki dan juga fikiran. Artis seni, Irin Arivatanaporn (Ann) membawakan variasi tekstur dan ton pada rekaan kasut yang membiaskan sejarah material bola keranjang. Daripada kulit tradisional yang kasar kepada tekstur lembut hari ini, campuran warna krim seperti mewakili gelanggang dalam bangunan pada JAPAN S dalam lensa moden.
Koleksi Art In Motion sudah boleh didapati di asics.com, stor Asics dan Foot Locker Sunway Pyramid bermula 13 Mei 2022 pada harga RM599 (NOVABLAST), RM499 (GEL-1130 dan RM399 (JAPAN S).
Foto: Asics Malaysia
Baca lebih lanjut: Darren Barnet, Duta Lelaki Pertama Victoria’s Secret