Baru sahaja bergelar isteri kepada Hyun Bin, berita kehamilan Son Ye Jin telah pun menjadi topik perbualan hangat di kalangan peminat.
Semuanya bermula apabila Son Ye Jin memuat naik dua keping foto dirinya sedang meluangkan masa di tepi pantai ditemani anjing peliharaannya.
“Anda semua apa khabar? Selamat menikmati makan tengah hari dan selamat berhujung minggu!” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.