Kebanyakan selebriti Korea menjadi sebutan di kalangan peminat kerana memiliki kecantikan yang tiada tandingan.
Selain memiliki kulit wajah yang mulus, fizikal mereka juga dicemburui ramai – membuktikan aktres Korea benar-benar mengambil berat tentang kecantikan dan kesihatan diri.
Lebih mengagumkan, sesetengah daripada mereka yang berusia 40-an kelihatan begitu awet muda apabila muncul di skrin. Apakah rahsia mereka? EH! dedahkan rahsia kecantikan yang diamalkan oleh lima ratu K-Drama.