Penyanyi sensasi, Justin Bieber berkongsi satu khabar duka bersama peminat mengenai penyakit yang dialaminya, sindrom Ramsay Hunt.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram minggu lalu, Justin mendedahkan dia mengalami lumpuh separuh wajah di mana matanya tidak boleh berkedip dan dia sukar untuk tersenyum.
“Saya ingin memaklumkan kepada anda mengenai apa yang sedang berlaku. Jelas sekali, seperti apa yang anda boleh lihat pada wajah saya. Saya mengalami sindorm yang dikenali sebagai Ramsay Hunt. Ia berpunca daripada virus yang menyerang saraf di telinga dan wajah.
“Seperti anda boleh lihat mata saya tidak boleh berkelip, saya tidak boleh tersenyum, lubang hidung juga tidak boleh digerakkan. Sebelah wajah saya lumpuh sepenuhnya,” ujarnya.