Siapa yang tidak sukakan instant beauty? Bila kulit yang kusam tidak bermaya mampu tampil berseri-seri dengan serta-merta, we say yes, please! Sekkisei Clear Wellness Tinted Cream Day and Night harus dimiliki terutamanya yang sering terkejar-kejar dan perlukan a quick skin fix. Formula penjagaan kulit yang unik ini memberikan efek pelembap dan juga primer untuk kemasan kulit yang kelihatan sekata, berseri, tanpa kesan berminyak ataupun liang pori yang jelas.
Pelembap tinted ini digunakan selepas penyegar dan serum dalam rutin penjagaan kulit harian anda. Serta-merta kulit kelihatan lembap, sihat dan mekar bak bunga Sakura daripada kandungan pigmen semula jadi gabungan mineral. Bebas alkohol, minyak mineral, paraben, pewangi, serta pewarna sintetik, Tinted Cream Day and Night sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.
Selain mineral, gabungan ITOWA, ekstrak biji Job’s tears, ekstrak daun Prunus yedoensis, ekstrak daun Camellia sinensis serta squalane (pelembap) memberikan penghidratan yang bertahan untuk kesan kulit yang tampil lembut, bercahaya, mengurangkan penampilan liang pori dan minyak. Serta-merta kulit yang kusam tampak kembali bermaya.
Bagi yang gemar bersolek, pelembap ini tepat untuk dijadikan primer bagi menaikkan lagi seri riasan anda.Walaupun ia turut berfungsi sebagai solekan asas, anda tidak perlukan pencuci solekan untuk menanggalkannya. Pencuci muka biasa memadai. Jangan waktu siang sahaja ya, pakai juga pada waktu malam untuk lembapan dan penghidratan berterusan serta kulit yang cantik walaupun sedang tidur!
Mengapa pilih yang rumit jika ada yang mudah? Sekkisei Tinted Cream Day and Night memudahkan anda mencapai kulit yang cantik berseri dengan fungsi 2 dalam 1 pelembap dan asas solekan. Jadi pastikan ia sentiasa bersama anda untuk a quick pick-me-up di mana-mana saja!