Blackpink bakal mengeluarkan album baharu pada bulan Ogos ini dan menemui peminat di jelajah konsert dunia pada akhir tahun 2022!
Kumpulan gadis popular Korea Selatan Blackpink bakal membuat kemunculan semula dengan album baharu pada bulan depan.
Memetik siaran rasmi daripada YG Entertainment, Billboard melaporkan bahawa bintang K-pop itu juga akan mengadakan jelajah dunia menjelang akhir tahun ini.
Empat orang ahli Blackpink, Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa dijangka sedang berada di peringkat akhir rakaman album baharu dan muzik baharu mereka. Dikhabarkan pada bulan Ogos ini mereka akan memulakan projek berskala besar berterusan yang akan dilanjutkan hingga separuh kedua tahun ini.
YG Entertainment juga menyatakan bahawa jelajah antarabangsa akhir tahun itu akan menjadi jelajah dunia terbesar dalam sejarah kumpulan gadis K-pop.
“A lot of ‘Blackpink-esque’ music has been prepared over a long period of time”, kata wakil Blackpink.
Tambahnya lagi, “Comeback ini untuk mengembangkan hubungan mereka dengan peminat di seluruh dunia,” selepas lama tidak bersua dengan peminat.
Kali terakhir mereka berempat mengeluarkan album penuh, adalah berjudul The Album with Interscope pada Oktober 2020.
Projek itu memuncak di tempat kedua di Billboard 200 dan menghabiskan dua minggu di nombor satu pada carta Jualan Album Teratas.
Kumpulan itu juga menjadi aksi muzik pertama yang mencapai 75 juta pelanggan di YouTube minggu lalu.
Sebelum itu, mereka telah memperoleh gelaran artis yang paling banyak dilanggan di platform pada September lalu, dan ia melepasi markah 65.5 juta serta merta mengambil alih pendahulu daripada Justin Bieber.
Artikel berkaitan: Lindsay Lohan Sah Bergelar Isteri Pemodal Dubai