Gincu pusam sering menjadi pilihan wanita serata dunia jadi tidak hairan apabila Lancome memilih untuk melancarkan tiga warna istimewa sempena meraikan hari cinta.
Jika secara amnya dunia meraikan hari kekasih pada 14 Februari, tetapi jika dirujuk kalendar tradisional Cina, keraian romantis ini diraikan pada hari ketujuh pada bulan ketujuh. Jadi jika berpandukan kalendar tahun ini, hari meraikan cinta ini jatuh pada 4 Ogos 2022.
Sebagai tanda meraikan kehadiran tanggal istimewa ini, Lancome melancarkan Qixi Lancôme L’Absolu Rouge Drama Matte Lipsticks edisi terhad yang dibarisi tiga warna kegemaran ramai yang dibekaskan dalam gaya cukup istimewa. Tiga warna yang disajikan ialah 295, warna merah yang memercikan gaya sofistikated. Kod 196 pula tampil dalam ton merah cili manakala 274 hadir dalam warna nude.
Bekas gincu ini hadir dalam tiga warna berbeza yakni biru gelap, putih dan nude, dan setiap satunya hadir dengan perincian atau kemasan warna emas. Pemilihan warna emas ini diibaratkan sebagai cahaya bintang di malam hari yang dijadikan simbol kasih sayang.
Apa yang menarik tentang gincu ini? Tekstur dan kemasannya bagaikan baldu, dan ini terhasil daripada formula spherical bedak. Warna gincu juga cukup pekat, tahan lama dan selesa menyaluti bibir. Dan ini semua hasil daripada gabungan ekstrak bunga mawar dan sentuhan asid hyaluronik.
Gincu edisi terhad Qixi L’Absolu Rouge Drama Matte akan mula dijual secara eksklusif dalam talian bermula 20 Julai sehingga 24 Julai. Klik pautan INI untuk mendapatkan gincu eksklusif ini dan raikan cinta bersama si dia.