Lebih sebulan bergelar tunangan orang, Shahir Zawawi mengesahkan dirinya bakal mengakhiri zaman bujang pada 2 September ini.
Shahir berkongsi khabar gembira itu bersama peminat baru-baru ini sekali gus mendedahkan debaran untuk menjadi pemimpin kepada gadis pilihan hatinya yang berasal dari Sabah, Jaskin Jaludin.
“Semakin hampir tarikh itu, bertambah debaran di hati, tetapi hakikatnya saya sudah bersedia menjadi ketua keluarga sebaik dipertemukan dengannya.
“Doakan urusan majlis pernikahan kami dilancarkan, begitu juga dengan resepsi. Persiapan pun sudah disempurnakan dengan bantuan ahli keluarga kami,” katanya, menurut Kosmo! Online.