Konsert The Weeknd yang diadakan di Stadium SoFi, Los Angeles berjalan lancar sebelum berakhir dengan kekecewaan dalam sekelip mata.
Hanya selepas menyampaikan beberapa lagu, The Weeknd menghentikan persembahannya dan memaklumkan dia terpaksa membatalkan konsert kerana berdepan masalah vokal.
Menurut laporan Los Angeles Times, pemilik nama Abel Tesfaye itu sedang menyanyikan lagu ketiganya, Can’t Feel My Face sebelum dia meninggalkan pentas secara tiba-tiba. Selepas beberapa minit, dia kembali dan mengumumkan khabar duka itu kepada hadirin.