GUESS mengorak tahun baharu dengan koleksi Denim yang pelbagai reka dengan gaya ala Gen Z terkini pilihan Anna Jobling, Meerqeen, Rita Nadira dan Nadhir Nasar.
Meraikan musim cuti dan awal tahun 2023 yang bakal berlangsung, GUESS kembali dengan koleksi denim fesyen yang memikat dan selesa gaya dari potongan lurus sehingga ke potongan loose. Padan gaya dengan t-shirt ikonik logo GUESS dimeterai, potongan denim selesa kompleks ini suai pakai dimana sahaja tidak kira sama ada ia majlis perayaan, majlis perjumpaan atau keluar malam bersama rakan-rakan.
Mengetengahkan elemen denim yang kukuh dengan warna trend kini, GUESS didatangkan dalam pelbagai jenis denim regangan keselesaan tinggi dengan tona warna stonewash terang hingga gelap. Dihasilkan daripada denim regangan jahitan premium, seluar jeans ini menggabungkan gaya utilitarian klasik dengan siluet cool menepati cita rasa gen kini, pilihan Meereen, Anna, Rita dan Nadhir.
Nadhir ditampilkan dalam dua persalinan Guess Denim iaitu Origin Skinny Miami (Dark Blue) dipadankan dengan ikonik logo T-shirt GUESS dan jaket denim memberikan gaya street wear dan bersahaja. Akui aktor drama Projek: Anchor SPM, dia meminati denim bob-cut dan high waist, pilihan utama yang sering digaya kerana ia suai dipakai mana sahaja. Untuk persalinan kedua pula, kami menggayakan Original Relaxed (Black) dengan kemeja corak vintaj, memberikan gaya imbas ala 90-an.
Sering bergerak bebas, Anna jujur lebih suka menggayakan denim untuk hariannya sebagai anak seni, memudahkannya bergerak tanpa batasan dan bergaya selesa. Personaliti yang memikat, bagi Anna, kami menggayakannya dengan denim potongan lurus GUESS Boot Mid Sexy Boot dan Original Relax Mid Rise Fit. Nyata kedua denim ini suai buatnya, memberikan gaya elegan dan tampak mewah dengan potongan denim yang suai saiz Anna.
Pempengaruh yang kian menitik nama, Rita Nadhira, figura tinggi lampai dan kurus ini sememangnya akan cantik dengan apa juga gaya yang dipakainya. Menggayakan denim potongan kaki, Skinny Mid Annette dan potongan lurus, Relaxed Tapered Women memberikan karakter strong pada Rita.
“You can never go wrong with a pair of jeans”
Personaliti seksi dan digilai peminat Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia, Meerqeen tampil kemas dalam persalinan denim GUESS; Relaxed James Men (Light Blue) dan The Jeans Redesign (Navy Blue). Kedua gaya denim ini berbeza dengan potongan lurus dan loose, mengekspresi gaya yang sangat cool.
Bagi Meerqeen, jiwa mudanya inginkan gaya yang versatil, praktikal dan santai. Nyata denim GUESS memenuhi citarasanya dan ia sempurna dengan hampir setiap penampilan hariannya, khusus baju-T putih menzahirkan kombo gaya klasik yang simple dan timeless.
Denim is our wolrd. Potongan denim lurus sehingga flare dengan ciri jahitan yang eksklusif premium, GUESS peneraju dalam gaya denim Amerika melalui nilai estetika serta inovatif yang bersih. Find your style dengan denim pilihan Anna, Meerqeen, Rita dan Nadhir di butik GUESS terdekat.
Artikel berkaitan: Jangan Buang! Kitar Semula Pakaian Terpakai Anda Di GUESS