Choi Siwon rela gemukkan badannya sebanyak 100kg demi watak drama yang telah disiarkan bertajuk ‘Work Later, Drink Now 2’.
Sering berjenaka tentang Sasa Santan dijadikan sebagai ‘susu’ di akaun Tiktoknya, Choi Siwon mengejutkan peminat apabila dia memuat naik video durasi 17 saat dimana kini berbadan obes! Meraih 9.5 juta tontonan ulang kali, membuatkan semua orang tertanya apakah sebab Siwon rela gemukkan badannya secara drastik?
Kepada peminat Choi Siwon, jangan terkejut sangat kerana ‘perubahan’ ini adalah hasil kreatif visual kostum sahaja. Bukan badan obes yang sebenar. Walaupun berbadan ‘gemuk’, Siwon tetap kelihatan tampan dan semakin bertambah comel. Dikatakan visual kostum yang dipakainya itu seberat 100kg, dan ia dikhaskan hanya untuk episod 7, drama lakon ‘Work Later, Drink Now 2’, yang telah disiarkan pada 30 Disember lalu.
Choi Siwon berubah menjadi obes dalam adegan imbas kembali Kang Buk-gu. Daripada hasil kecil seperti hias visual dagu gemuk lapis hingga kepada pakaian ‘nerd’ dengan rambut terurai di tengah, penampilan baharunya itu mengejutkan ramai peminat termasuk rakan artisnya! Bermaksud, visual kostum itu telah menarik perhatian ramai dan berjaya!
Malah pada hari penggambaran, dia memakai kostum itu selama tiga jam sahaja, sikap ikhlas dan komited Choi Siwon terhadap rancangan drama itu membuatkan peminat terus melihat episod pertama hingga terkini. Aktif sosial di Tiktok, Siwon juga rajin melayan karenah permintaan peminatnya, terbaharu menari tarian ikonik Super Juniornya, Sorry Sorry.
Artikel terkini: 10 Selebriti Korea Wanita Tanpa Pembedahan Plastik