Masih relevankah petua kecantikan nenek moyang pada masa kini?
Petua kecantikan nenek moyang sering menjadi tanda rujukan dalam urusan kecantikan mahupun kesihatan pada masa kini. Ya, ia masih relevan dan masih ada yang mengamalkannya hingga kini. Dengan kecanggihan teknologi dalam dunia kecantikan sekarang ini, pelbagai produk yang siap untuk dipakai bagi menjaga kecantikan seseorang. Zaman sekarang ini kita dah tak perlu nak cari tumbuhan liar untuk merawat dan memelihara kesihatan. Tapi, jika tiada cara lama maka tidak akan terciptalah cara baru kan?
Mungkin ada sesetengah antara kamu yang masih lagi mengamalkan petua turun temurun dari nenek moyang dalam menjaga kecantikan seharian. EH! kongsikan beberapa petua yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.