Tahniah diucapkan kepada pelakon Cina Buta, Nad Zainal dan Ungku Ismail yang telah selamat disatukan sebagai suami isteri pada 23 Januari lalu.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nad menerusi sebuah video di Instagram, disusuli dengan beberapa keping foto termasuk momen manis yang menunjukkan dahinya sedang dikucup oleh Ungku selepas selamat diijab kabul.
“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen. Dalam sekeping foto, aktres berusia 32 tahun itu turut berkongsi jumlah mas kahwin yang diterimanya iaitu RM1,000 berserta seutas gelang emas.