Wanita dan gincu memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun tidak mengenakan alat solekan yang lain, gincu sahaja sudah cukup untuk menaikkan seri wajah wanita.
Sebagai seorang yang gemar dengan tata rias wajah, pasti anda hendak tahu warna gincu apa yang sesuai untuk penampilan anda. Ini adalah beberapa tip pemilihan warna gincu, mengikut kesesuaian warna kulit yang anda perlu tahu.
Warna kulit memainkan peranan penting dalam pemakaian alat solekan. Walau ramai yang ambil endah tak endah tentang isu ini, namun pada dasarnya, ia akan mempengaruhi ‘look’ harian anda. Masih ragu-ragu dan tidak tahu ingin menggayakan solekan gincu? Sebagai langkah pertama, kenal pasti warna dasar kulit anda. Warna dasar kulit ini telah dikategorikan kepada 3 jenis warna, iaitu cool, warm dan neutral, mengikut warna pembuluh darah setiap individu.