Selepas berita percintaannya dengan pakar kiropraktik berusia lima dekad menjadi tular, Shawn Mendes dilihat meluangkan masa bersama selebriti berumur 23 tahun.
Awal bulan lalu, akaun Instagram gosip selebriti Deuxmoi melaporkan menerima maklumat daripada seorang peminat yang mendakwa melihat Shawn berjanji temu dengan aktres dan penyanyi, Sabrina Carpenter di sebuah restoran mewah.
Hanya selepas beberapa hari, pasangan itu dirakam berjalan di sekitar Los Angeles sambil bergurau senda. Pelantun lagu Wonder itu mengenakan kemeja-T putih, jaket denim dan celana hitam manakala Sabrina pula menyarung set baju panas bersaiz besar, juga berwarna hitam.