Awal tahun ini, kita dapat konklusikan ramai wanita ditindas dan dianiaya oleh pasangannya. Mengapa ini berlaku dan apakah akar punca yang anda perlu tahu jika anda berada dalam hubungan ‘abusive‘?
Apakah tanda anda berada dalam hubungan ‘Abusive’? Orang yang terperangkap dalam hubungan toksik sering mendapati dirinya adalah punca kepada masalah rumah tangga mereka, sering menyalahkan diri dan cuba berjuang untuk memahami karakter pasangan mereka. Ya, perhubungan suami isteri itu bak ‘rollercoaster’, kadang ia boleh jadi sesuatu yang indah namun ia mampu meretakkan hubungan sehingga terganggu emosi, penderaan emosi hingga kepada penderaan fizikal yang boleh melemahkan dan menghancurkan wanita.
Realiti kini, wanita perlu tahu apakah yang baik dan buruk pasangan boleh lakukan terhadap mereka. Nilai diri dan trauma itu tidak boleh diganti dan dilupakan, ia akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan wanita. Karakter pasangan yang tidak menentu dan seperti ‘abusive‘ sering dilepas pandang oleh wanita kerana rasa sayang dan ingin kekal dengan hubungan toksik ini hingga gagal untuk mengesan dan mengenali tanda-tanda amaran awal.
Wanita yang telah didera dan dimanipulasi secara emosi seperti kitaran yang tidak berkesudahan melainkan anda mempunyai keberanian untuk keluar dari hubungan toksik dan ‘abusive‘. Semak 5 tanda anda berada dalam hubungan ‘Abusive’ sebelum terlambat.