Bayu Somerset melancarkan sepuluh koleksi baharu untuk Raya 2023 antaranya adalah Elora, Floral, Tie Dye, Niaasom, Bungadanbintang, Merdu, Pop dan Premium Bersulam.
Bayu Somerset jenama Baju Kurung dan Baju Kebaya Malaysia, unik diperbuat daripada fabrik kapas sememangnya sesuai untuk penggunaan cuaca iklim panas. Reka bentuk fabrik dari cetakan yang elegan dan selesa tahun ini mengikuti trend semasa yang pasti menjadi pilihan raya gadis jelita.
Bersempena Hari Raya 2023, Pengasas dan Pengarah Kreatif iaitu Diana Kamalul telah merancang rekaan fabrik lebih awal dengan kerjasama dengan illustrator tempatan terkenal, Niaasom dan Kirin dari Bungadanbintang. Majlis pelancaran yang diadakan pada minggu lepas turut dihadiri oleh artis tempatan antranya ialah Elfira Loy, Niaasom, Nadiah Halim, Nina Khalil dan Ezlisa Loy.
Koleksi Raya 2023 kali ini kehadapan lebih memfokuskan kepada pencetakan fabric yang warna- warni dan menampilkan garisan elegan kepada pemakai. Menurut Emir, Ketua Eksekutif, “Jenama pakaian Bayu Somerset dicetuskan untuk pembelian yang berkemampuan dan mengutamakan keselesaan harian. Pilihan yang luas ini diharapkan sesuai untuk pilihan semua orang dan harga yang ditawarkan juga berpatutan. Kami teruja kerana ia juga merupakan koleksi pertama menampilkan ibu anak perempuan dan kami mempunyai sejumlah 133 corak untuk dipilih.
Tambahnya lagi, “Sebagai tambahan kepada cawangan ini Setia City Mall, kami merancang untuk membuka beberapa lagi kedai dalam masa terdekat ini. Kami juga mendapat sambutan dari Singapura, jadi kami akan berada di Dewan Konvensyen Suntec, Singapura pada 17 Mac ini. Memang jenama ini berkembang dengan pantas, tetapi saya yakin kakitangan di syarikat saya dapat mencapai matlamat kami” tambah Emir Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif Bayu Somerset.
Bagi pop-up raya, ia terletak di AEON Shah Alam, Melawati Mall, SOGO KL, ISETAN KLCC, Sunway Putra Mall dan Lazada X Riuh. Memang kelebihan terletak ke kedai pop-up sebab pembeli Hari Raya dapat merasai kain digunakan dan melihat cetakan yang berwarna warni ini.