Adakah pasangan anda mempamerkan ciri-ciri keperibadian yang mementingkan diri sendiri, memerlukan pujian yang berlebihan, mengidam layanan yang baik dan sentiasa mementingkan diri sendiri? Jika ada, Ya, pasangan anda adalah seorang narsistik.
Narsistik ialah seseorang yang mengalami Gangguan Personaliti Narsis (NPD). Kebiasaannya penyakit narsistik ini berlaku kepada kaum lelaki dan tipis kepada kaum wanita. Ia berpunca kerana mereka ini mempunyai rasa ragu dan tidak yakin dengan diri sendiri, malah sukar untuk mengawal keadaan. Rasa tidak selamat mereka yang berakar umbi ini membentuk kecenderungan kepada penyakit narsis sebagai mekanisme untuk mengatasi masalah kekurangan diri dalam perhubungan. Ketahuilah bahawa hubungan dengan seorang narsisis boleh merosotkan mentaliti anda dan anda berpontensi untuk mengalami kecederaan emosi.
Sesetengah orang yang mempunyai NPD tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya memiliki penyakit berkenaan dan tidak sedar tindakan mereka menyakiti anda. Jika anda ingin tahu adakah pasangan anda mempunyai gangguan personaliti narsis dan secara sedar manipulatif, jom semak 5 tanda seterusnya: