Gigi Hadid dilaporkan tidak mempunyai masalah dengan percintaan baharu bekas suaminya, Zayn Malik dengan Selena Gomez.
Baru-baru ini, Zayn Malik dan Selena Gomez mencetuskan khabar angin mengenai hubungan selepas kedua-duanya dilihat keluar untuk makan malam bersama di New York City. Seorang saksi menceritakan pengalamannya terserempak dengan pasangan cinta itu di media sosial, “Selena dan Zayn sedang keluar bersama di SoHo, New York City malam tadi sekitar jam 10:30 malam. Mereka jalan berpegangan tangan dan bercium. Kebanyakan kakitangan restoran dan pengunjung restoran tidak menyedari mereka. Nampaknya mereka selesa bersama dan jelas mereka sedang mengenali satu sama lain.”