Gedung kecantikan ternama Sephora baru-baru ini menganjurkan ‘open day’ buat media dan influencer kecantikan. Acara saban musim ini mendekatkan kami khususnya media dengan produk terbaru dari pelbagai jenama yang berpayung di bawah Sephora. Dan ini lima alat solek terbaru yang mencuri perhatian EH! musim ini.
Nudestix Nudeis Matte All-Over Bronze & Blush
Berlandaskan ‘The Sunkisses Nude Story’, Nudestix mahu semua wanita siap sedia bercanda dengan ciuman mentari di musim bunga/panas tahun ini. Tidak terhad pada calitan buat bibir sahaja, Nudestix juga melengkapkan koleksinya musim ini dengan dua pilihan stik buat calitan pada pipi dan boleh juga kelopak mata. Mereka sajikan Nudeis Matte All-Over Bronze dalam dua ton iaitu Sunkissed OriginaL (dalam ton terracotta) dan juga Sunkissed Cool yang masihd alam ton terracotta namun tidak terlalu ‘menjerit’ warnanya.
Melengkapkan ramuan buat pipi musim ini ialah Nudeis Matte All-Over Blush, yang mana ada satu warna sahaja yakni merah jambu yang saya sifatkan sangat universal untuk semua jenis kulit.