Biarpun sudah berumur 60 tahun, Tan Sri Michelle Yeoh tetap tampil menawan dan tampak muda. Apakah rahsia kecantikan beliau?
Michelle Yeoh telah mencipta sejarah sekali lagi, menjadi orang Asia pertama memenangi trofi pelakon terbaik di Anugerah Akademi Oscar untuk persembahannya sebagai Evelyn Wang dalam filem komedi sci-fi ‘Everything Everywhere All At Once’. Selain kejayaan yang gemilang, Michelle turut meraih perhatian dunia akan kecantikannya, yang menjadi tanda tanya, apakah barang peribadi yang digunakan oleh beliau untuk tampil menawan walaupun sudah menginjak usia 60 tahun? Menjadi ikutan dan kebanggaan Malaysia, anak kelahiran Ipoh ini sentiasa menjadi aspirasi buat wanita yang ingin memiliki kunci wajah sihat dan awet muda.
The Cream, karya kecantikan oleh Augustinus Bader, pelembap wajah yang memukau dunia kecantikan, pilihan Michelle Yeoh.
Formula saintis The Cream oleh Augustinus Bader dipatenkan sebagai Trigger Factor Complex 8 (TFC8), mengandungi lebih daripada 40 bahan eksklusif kecantikan, termasuk asid amino semulajadi, vitamin gred tinggi dan molekul yang disintesis. Pengaktifan sel stem ini membantu memproseskan pembaharuan kulit secara semula jadi menjadikan kulit lebih muda, membaiki garis-garis halus, bintik gelap dan pori yang kelihatan.
Bioreaktor semula jadi, TFC8 diperibadikan secara unik mengikut keperluan individu dan mencapai hasil yang terbaik untuk semua jenis kulit. Profesor Bader, pakar saintis bioperubatan dan pakar perubatan yang diiktiraf di peringkat global selama lebih 30 tahun telah bekerjasama dalam menghasilkan intipati biologi ini. Katanya, kompleks TFC8 menggalakkan kulit untuk menghidrat, melindungi dan memperbaharui wajah sendiri menjadikan lebih kulit gebu dan anjal.
Augustinus Bader The Cream boleh didapati di kedai apotek KENS dan KENS Apothecary pada harga RM1,300 untuk 50ml.
Baca: Michelle Yeoh: Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar 2023