Rabu lalu netizen dikejutkan dengan satu perkongsian yang dimuat naik oleh Shila Amzah di Instagram.
Menerusi hantaran itu, Shila Amzah menyifatkan kekasihnya, Ubai sebagai lelaki sempurna buat dirinya. Dia turut memuji layanan baik yang diberikan pempengaruh media sosial itu kepada anaknya, Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. Bagaimanapun perkongsian itu disalah erti oleh netizen yang menyangka pasangan merpati dua sejoli itu telah berpisah.
“Terima kasih untuk lima bulan terindah. Awak merupakan pasangan sempurna buat saya. Terima kasih kerana telah memberi kasih sayang buat Seth. Saya mengharapkan yang terbaik buat awak. Saya doakan awak dimurahkan rezeki dan mendapat segala apa yang dihajati.”
Bagaimanapun hanya selepas tiga hari, pasangan itu membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa mereka telah pun mengikat tali pertunangan. Majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup dan dihadiri sekitar 150 jemputan dari kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat.