Biz Of RE kembali pada tahun 2023 dengan kejutan istimewa oleh EH! Malaysia dan L’Oreal Professionel mendedikasikan kempen eksklusif ‘I AM WOMAN’ dengan menampilkan empat personaliti wanita yang kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing dan cukup memberikan inspirasi kepada semua.
Dalam meraikan kehebatan wanita yang sebenar, Biz of RE bersama L’Oreal Professional melalui EH! GLAM Lelaki, GLAM, HARPER’S Bazaar, ICON dan The Peak mendedikasikan sebuah kempen eksklusif. Inisiatif “I AM WOMAN” dilancarkan dalam meraikan empat personaliti dan wanita hebat yang cukup memberikan inspirasi kepada semua.
Kempen “I AM WOMAN” memperkenalkan empat wanita yang mengagumkan serta mempunyai latar kejayaan dalam industri masing-masing. Mereka adalah Alia Bastamam, Suhaili Michelin, January Low dan Mimi Fly. Bersama L’Oreal Professionnel, mereka berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi mereka untuk mengecapi kejayaan hari ini.