Minggu ini bakal menyaksikan Haute Couture menjadi tumpuan utama di Paris! Berlangsung sepanjang minggu dari 3 hingga 6 Julai 2023, antara momen unik dari Minggu Fesyen Paris ialah Cardi B drop tiara, raih perhatian fesyenista dunia.
Anda pasti mengingati momen Cardi B sebelum ini, dimana dia memperagakan 27,000 kristal Swarovski pada majlis Met Gala 2023. Kali ini penyanyi rap, 30, masih mencuri perhatian dunia dengan berkelihatan sungguh luar biasa dalam persalinan gaun hitam berpeluk tubuh dengan jaket besar yang melekat pada setiap inci lekuk tubuhnya.
Pertunjukan Minggu Fesyen Paris, Cardi B membaluti Schiaparelli
Fesyen yang dramatik, penyanyi Please Me itu hadir ke Minggu Fesyen Paris dengan menyarungi jenama fesyen Schiaparelli, jaket timbul bertekstur yang besar sebelum menanggalkan ia untuk tambahan dramatik untuk menampakkan perincian gaun korest dalamnya memadankan gaya dengan anting-anting emas berbentuk telinga yang unik.
Kemasan emas di sepanjang atas dada gaun itu menarik perhatian pada belahan dadanya, menyelaraskan gaya dengan lengkapan aksesori seperti kasut, gelang dan anting-anting besar. Aksi Cardi B menaiki tangga menanggalkan jaket besar menambahkan sentuhan drama yang liar pada rupa, menyerlahkan bentuk badan rampingnya dengan perincian butang korset warna emas.
Mengekalkan stail rambut yang dibalut di bawah serban dengan solekan dramatik glam, Cardi B terkenal dengan kecantikan kukunya. Tidak Bardi B jika tiada perhiasan kukunya yang panjang diwarnakan dengan warna putih yang mencuri tumpuan.