Penyanyi Ariana Grande dan Dalton Gomez berpisah kerana tidak lagi sehaluan selepas dua tahun berkahwin.
Sebelum ini, perkahwinan Ariana dan kekasihnya, Dalton meraih ucapan tahniah daripada peminat kerana mereka dikatakan ‘segala-galanya’ untuk satu sama lain ketika pandemik berlaku walaupun tidak menghebohkan tentang perkahwinan mereka di sosial media. Namun kini segalanya berubah selepas sumber terdekat memberitahu bahawa mereka berdua kini dalam proses bercerai kerana tidak sehaluan lagi dan Ariana terlalu sibuk dengan jadual kerjanya menyebabkan keretakan rumah tangga.
Ariana Grande dilihat mesra bersama pelakon Bridgerton, Jonathan Bailey semasa permainan sukan tenis Wimbledon.
Pasangan itu menyaksikan pemain tenis Sepanyol Carlos Alcaraz menewaskan juara bertahan Novak Djokovic dalam perlawanan akhir bersama. Desas desus tentang perkahwinan Ariana mulai meraih perhatian kerana kepingan foto yang tersebar melihatkan mereka berdua saling sentuh manja dan Ariana turut memuat naik fotonya bersama pelakon terbabit.
Ditambah lagi, Ariana tidak memakai cincin perkahwinannya semasa perlawanan tenis Wimbledon pada hujung minggu malah hingga kini dia sering keluar tanpa cincin. Ariana dan Dalton juga dikatakan telah ‘berpisah’ sejak Disember tahun lalu, selepas dia memulakan penggambaran “Wicked”, di mana dia memainkan watak Glinda the Good Witch.
Sebelum ini pasangan terbabit telah mengikat tali pertunangan pada Mei 2021 dalam satu majlis yang sangat tertutup di rumah Ariana di Montecito.
Baca: Perceraian Termahal Di Bollywood, Salah Satunya Melebihi RM200 Juta