Memiliki badan yang sihat dan cantik semestinya impian bagi semua wanita. Pelbagai cara dan tip telah dikongsi untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan ideal, ikuti cara tersendiri To’ Puan Syamim Farid mengekalkan tahap kesihatan dan sentiasa tampil cantik.
Cukup terkenal dengan kejelitaan dan keanggunannya, pengacara dan pelakon cantik, To’ Puan Syamim Farid, mempunyai cara yang tersendiri untuk mengekalkan tahap kesihatan dan sentiasa tampil cantik. Selain dianugerahkan dengan rupa paras yang menawan dan bakat semula jadi, memiliki badan yang tinggi lampai pastinya menarik perhatian setiap mata yang memandang
Mempunyai cara yang tersendiri untuk mengekalkan tahap kesihatan dan sentiasa tampil cantik.
Dia pernah mendedahkan dirinya sudah lebih 10 tahun tidak mengambil nasi dalam diet hariannya. Isteri kepada YM Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardi Esfandiari Al-Haj yang merupakan kerabat diraja Selangor ini juga mendedahkan, beliau juga tidak mengambil ayam serta daging kerana ingin menjaga kesihatan.
“Ayam, daging, makanan berminyak dan gula juga saya pantang” jelasnya. “Satu perkara tentang saya, bila saya dah mula sesuatu, saya akan buat betul-betul. Disiplin diri. No cheat day. Nak berhenti makan sesuatu tu memang susah. Tapi fikir tentang diri sendiri, awak jaga diri, jaga makan, bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Kalau sayang diri, makan makanan berkhasiat,” tambah beliau. Maka tidak hairan lah jika beliau tampak sentiasa ayu dan terjaga penampilannya.
Dia turut berkongsi di instagram story pada awal permulaan diet memang agak sukar tetapi sekarang sudah menjadi kebiasaan buat beliau sehingga melihat nasi juga sudah tidak berselera. Beliau juga turut menjelaskan punca tidak mengambil nasi dalam diet sehalian beliau apabila sudah mula bersenam di gim. “bila you dah start workout and you dah build your muscles especially ABS, you akan jaga makan because you akan rasa rugi if tak makan healthy food,” tambahnya.
“Untuk sentiasa tampil sihat, saya amat menitik beratkan soal permakanan. Bahkan, saya tidak makan nasi dan mengamalkan Pescatarian Diet. Selain itu, saya juga akan bersenam untuk mengekalkan tahap kesihatan yang maksimum,” helasnya.
Antara tip yang beliau amalkan untuk mengelakkan perut buncit ialah tidak akan minum air semasa atau selepas makan. Menurutnya, dia hanya minum selepas 1-2 jam selepas makan, Kemudian, beliau juga menegaskan akan duduk, jalan atau berdiri selama 2 jam sebelum baring atau tidur untuk membantu proses penghadamannya,
Artikel Berkaitan: Scha Alyahya Dedah Rahsia Langsing Selepas Bersalin