Selain hasil warna yang cantik lagi menarik, formulanya yang telus air menjadi tarikan utama L’Oréal Professionnel iNOA lantas dipilih sebagai Pewarna Rambut Telus Air Pilihan di EH! Beauty Awards 2023.
Ketika ia pertama kali diperkenalkan pada tahun 2009, kami sudah pun jatuh cinta. Bagaimana tidak? Ia pewarna rambut profesional pertama yang bersijil mesra wuduk sekaligus menghilangkan segala keraguan yang selama ini bermain di fikiran. Tahun ini iNOA meraikan formulasi terkininya yang lebih meyakinkan kami this is forever love.
Tahun 2023 menampilkan iNOA yang lebih mantap dengan teknologi ODS berpaten (Oil Delivery System) yang memberikan impak warna yang lebih hebat sambil membuatkan rambut lebih sihat dan 48 peratus lebih bersinar. Pewarna rambut tanpa ammonia No.1 ini juga menampilkan 60 peratus formula vegan berasaskan minyak, 60 warna baru dengan 100 peratus litupan uban. Tiada lagi efek kulit kepala gatal atau merengsa dan juga tiada lagi bau menusuk yang kurangenak seperti pengalaman mewarna rambut dulu-dulu.
60 warna banyak bukan? Jangan risau kerana kini anda juga boleh ‘cuba’ dulu warna rambut sebelum proses sebenarnya. Memperkenalkan iNOA [iD] rundingan pewarnaan rambut di salun dengan mencuba warna secara virtual. Menggunakan teknologi Modiface, iNOA [iD] mampu memberi diagnosis warna yang sempurna dengan bantuan hairstylist anda. Hasilnya nanti saling tak tumpah dengan apa yang telah anda lihat secara virtual. Jadi tiadalah kejutan-kejutan salah warna, warna tak sesuai dengan wajah dan sebagainya kerana anda sudah tahu apa hasilnya sebelum menyerahkan rambut untuk diwarnakan.
Bukankah iNOA ada semuanya yang diharapkan bila kita ke salun untuk mewarna rambut? Ia selamat, vegan, mesra wuduk, berteknologi serta berkualiti tinggi, banyak pula pilihan warna! Rasa seperti nak ke salun sekarang juga untuk warna rambut baru!
Untuk maklumat lanjut tentang L’Oréal Professionnel iNOA semuanya ada di pautan
DI SINI