Musim Bunga/Panas 2024 kini tiba dengan ratusan pertunjukan berlangsung di New York, London, Milan dan Paris.
Selepas mengikuti jadual padat di New York dan London, ia mengambil tempat pula di Milan, Itali dan baru saja berakhir. Kini Minggu Fesyen Paris bermula selama sembilan hari dari 25 September hingga 3 Oktober 2023.
Kemunculan selebriti di barisan hadapan menyempurnakan lagi pertunjukan jenama mewah dari Giorgio Armani, Versace ke Gucci. Begitu juga kehadiran mereka di acara berprestij, majlis makan malam after-party.
Lihat suasana sekitar berlangsungnya Minggu Fesyen Milan 2024
CNMI Sustainable Fashion Awards
Julianne Moore hadir ke CNMI Sustainable Fashion Awards dalam gaun drape merah Bottega Veneta.
Jessica Chastain tampil luar daripada kebiasaan dengan menyarung baju putih berperincian batu yang dipadan bersama celana potongan tinggi rekaan Gucci.
Olivia Palermo anggun dalam gaun Alberta Ferretti yang direka khas.
Coco Rocha memadankan gaun Alberta Ferretti sutera yang disarungnya dengan mantel berkilauan dalam tona sama.
Giorgio Armani
Cate Blanchett menggayakan jumpsut berperincian kala menjadi tetamu di barisan hadapan pertunjukan Giorgio Armani.
Dolce & Gabbana
Ashley Graham menghadiri after-party Dolce & Gabbana dengan menyarung gaun hitam dan sepatu tumit tinggi motif harimau bintang.
Alessandra Ambrosio tampil seksi dalam skirt mini dan korset berinspirasikan lingerie.
Rosie Huntington-Whiteley memilih gaun jarang yang dipadankan bersama bustier rona nude.
Awal hari itu, model dan usahawan tersebut menggayakan persalinan serba putih kala menghadiri pertunjukan Dolce & Gabbana.
Halle Bailey menyerlah dalam gaun lengkap dengan tali pinggang rona kuning terang.
Kitty Spencer mencuri perhatian di barisan hadapan dalam persalinan cetakan motif harimau bintang dari hujung kepala ke hujung kaki.
Maya Jama anggun menggayakan gaun hitam leher tinggi yang dipadankan bersama cermin mata hitam.
Bottega Veneta
Julianne Moore menghadiri pertunjukan Bottega Veneta dalam kemeja-jaket berpetak bersama seluar denim.
Yara Shahidi memakai gaun maksi bertekstur rona kelabu bersama cermin mata sebagai pelengkap gaya.
Versace
Selepas berjalan di pentas peragaan, Claudia Schiffer muncul di after-party Versace dalam gaun anggun biru muda jenama itu.
Demi Moore duduk di barisan hadapan pertunjukan Versace sambil menyarung jaket dan celana berjumbai emas bersama anjing kesayangannya, Pilaf.
Gabrielle Union tampil ala ‘Barbie’ dalam gaun pastel Versace bersama aksesori merah jambu.
Boss
Naomi Campbell menyarung sut sutera kelabu kala menghadiri pertunjukan Boss.
Suki Waterhouse dan Ariana DeBose sedondon dalam persalinan neutral Boss.
Gucci
Selebriti popular hadir menyokong kemunculan sulung Sabato De Sarno di Gucci termasuk Julia Roberts yang duduk di barisan hadapan dalam sut pendek rona kelabu.
Kendall Jenner memadankan kot trench Gucci dengan aksesori merah ceri.
Ryan Gosling menghadiri pertunjukan Gucci dalam jaket kulit dan celana yang dipadankan dengan sepatu klasik Gucci.
Jodie Turner-Smith dirakam meninggalkan hotel ke pertunjukan Gucci dalam celana berkaki lebar, bandeau top dan blazer rona kelabu.
Emporio Armani
Cara Delevingne menyarung persalinan baldu kala menjadi tetamu barisan hadapan pentas Emporio Armani.
Prada
Scarlett Johansson memilih gaun mini ringkas Prada rona hitam bersama aksesori sepadan.
Hunter Schafer menghadiri pertunjukan itu dalam kemeja dan celana pendek.
Kylie Jenner juga duduk di barisan hadapan dalam persalinan monokrom Prada.
Sofia Richie dilihat meninggalkan pertunjukan Prada dalam kot labuh yang dipadankan bersama jumper merah.
Geox
Penelope Cruz menggayakan gaun tanpa bahu untuk meraikan pelantikannya sebagai duta Geox pertama.
Max Mara
Yara Shahidi tiba di pertunjukan Max Mara dengan kombo kemeja putih dan seluar pendek.
Olivia Palermo menyerlah dalam sut Max Mara rona teal.
Fendi
Naomi Campbell sekali lagi membuktikan impak persalinan satu tona dalam helaian neutral Fendi.
Naomi Watts menghadiri pertunjukan itu dalam sut skirt sutera Fendi rona coklat.
Demi Moore menggandingkan persalinan jingganya dengan kot kelabu lembut.
Suki Waterhouse ringkas namun anggun dalam persalinan Fendi rona kelabu.
Christina Ricci hadir ke pertunjukan Fendi dalam gaun perak metalik bersama sarung tangan pastel.
Calzedonia
Calzedonia membuka pertunjukan Minggu Fesyen Milan dengan parti dipenuhi bintang popular. Ashley Graham hadir dalam gaun Chet Lo bersama celana ketat Calzedonia dan sepatu platform.
Leighton Meester menggayakan gaun mini Camilla & Marc dengan celana ketat Calzedonia dan beg tangan merah.
Alessandra Ambrosio elegan dalam gaun asimetri jarang David Koma yang dipadankan bersama celana ketat Calzedonia.
Foto: Getty Images/Dolce&Gabbana/Max Montingelli
Baca: Fesyen Cardi B Raih Perhatian Pembuka Minggu Fesyen Paris