Sekembali ke Malaysia, Daniella Sya mengorak langkahnya sebagai pelakon industri anak seni Malaysia setelah sedekad membina nama di Kota Singa. Dari seorang penyampai radio terkenal sehingga membintangi filem Abang Long Fadil 3, nama Daniella Sya kini mula meniti di bibir setiap penggemar drama dan filem tempatan.
Bila dan di mana kamu paling gembira?
Apabila saya berada di rumah, bermain dengan kucing dan bermain PS5!
Apakah bakat lain yang kamu ingin miliki?
Saya berharap dapat mengarang sebuah lagu untuk filem atau orkestra.
Jika kamu boleh mengubah sesuatu tentang diri kamu, apakah ia?
Kalau boleh saya ingin memiliki sifat yang lebih ‘sharp’ dalam menilai seseorang dan tidak terlalu mudah percaya dengan orang sekeliling.
Bagaimana kamu berhadapan dengan kegagalan?
Setiap kegagalan bagi saya adalah peluang untuk belajar dari kesilapan itu sendiri. Pada mulanya, ia akan menjadi sedikit kecewa, tetapi lama kelamaan saya akan mengambil iktibar daripadanya dan belajar dari segi kekuatan, emosi dan aspek lain dalam kehidupan.
Bagaimana kamu mengurus stres?
Meluangkan masa dengan orang yang saya sayangi dan bermain PS5.
Apakah idea kamu tentang kehidupan yang gembira?
Saya percaya bahawa kehidupan yang gembira adalah keseimbangan akan segala-galanya. Tidak ada kebahagiaan tanpa kesedihan, jadi kita harus menghargai setiap waktu tidak kira ia sedih mahupun gembira.
Apakah memori zaman kanak-kanak paling kamu ingat?
Memeluk ayah apabila setiap kali dia pulang dari luar negara.
Apakah perkataan atau ayat (phrase) yang kerap kamu sebut dalam sehari?
You know what I’m saying?
Apakah nilai atau ciri penting dalam perhubungan?
Kepercayaan dan kesetiaan.
Bagaimana kamu menunjukkan simpati pada orang yang kamu rapat?
Mendengar masalah mereka dengan hati terbuka.
Apakah isu masyarakat kita yang paling signifikan ketika ini?
Ignore and unawareness (general).
Jika sudah tiada nanti, apa yang kamu mahu orang ingat tentang kamu?
Saya harap mereka akan ingat jenaka dan detik lucu saya bersama mereka.