Mula mencuri perhatian selepas rancak berirama rap dalam 16 Baris dalam persalinan baju kurung, Bunga antara pelapis rapper wanita yang paling menyerlah dan sedang rancak menyusun strategi untuk menggegarkan landskap ritma hip hop tempatan.
Bila dan di mana Bunga paling gembira?
Membuatkan mama bangga dengan kejayaan saya dan berada di tempat yang paling tenang seperti di pantai.
Apakah bakat lain yang kamu ingin miliki?
Memasak!
Jika kamu boleh mengubah sesuatu tentang diri kamu, apakah ia?
Jika boleh ubah sesuatu, saya nak ubah mindset tentang beauty standard terhadap diri sendiri.
Bagaimana kamu berhadapan dengan kegagalan?
Berhadapan dengan kegagalan, melihat ia sebagai kekurangan diri yang boleh diperbaiki.
Apakah idea kamu tentang kehidupan yang gembira?
Apabila berjaya kongsi rezeki dengan yang tersayang.
Apakah memori zaman kanak-kanak paling Bunga ingat?
Apabila satu keluarga berkumpul.
Apakah perkataan atau ayat (phrase) yang kerap kamu sebut dalam sehari?
Ada powerbank tak? Hahaha
Apakah nilai atau ciri penting dalam perhubungan?
Kepercayaan dan good vibes!
Bagaimana kamu menunjukkan simpati pada orang yang kamu rapat?
Cuba dengar luahan mereka dan berikan solusi.
Apakah isu masyarakat kita yang paling signifikan ketika ini?
Bagi Bunga, kos kehidupan masa kini meningkat dan kadar gaji minimum terlalu ketinggalan dan tidak berubah.
Jika sudah tiada nanti, apa yang kamu mahu orang ingat tentang Bunga?
Pesanan Bunga menerusi lagu-lagu.