Denim di pentas peragaan bukan hanya mengenai fesyen, ia mewakili semangat untuk mengekspresikan diri dan menjadi unik. Sama ada menghormati asal usul klasiknya atau menolak had apa yang denim boleh lakukan, pentas runaway memaparkan cara fabrik ini boleh berubah dan kekal berkembang sebagai simbol gaya peribadi.
Terus berkembang menjadi gaya baharu dan tidak dijangka, denim sentiasa menjadi ruji dalam dunia fesyen. Kita telah menyaksikan banyak denim dieksperimentasikan di pentas pertunjukan fesyen. Idea yang semakin kreatif dengan denim, menghasilkan helaian unik yang menentang idea biasa tentang fabrik.
Pentas peragaan telah menjadi tempat di mana mereka benar-benar boleh menolak batas penggunaan denim ini. Mempamerkan kedua-dua trend klasik dan inovatif, sebab mengapa denim begitu menarik di pentas peragaan kerana ia boleh dipakai dalam pelbagai cara, tahan lama, dan tidak pernah ketinggalan zaman.
1. Jean Cucian Asid
Sama ada anda suka atau tidak, jean dengan sentuhan cucian asid pernah menjadi trend popular pada masa dulu. Gaya jean ini boleh dilihat pada jaket empuk yang diperagakan oleh Kaia Garber.
Sudah tentu gaya fesyen 2000-an adalah trend fesyen yang paling dicari tahun ini, yang menunjukkan gaya vintaj yang versatil, sut dengan bahu yang ekspresif, dan sudah tentu, jean dengan gaya cucian asid.
2. Gaya Unggul Denim Tampalan
Menampilkan gabungan gaya Scandinavia dan jahitan santai dalam bentuk yang unik, gaya kot denim ini membawakan sedikit struktur pada pakaian. Walaupun ia mempunyai imej maskulin, rupa ini menggabungkan kewanitaan dan kelelakian cukup bergaya dengan menambahkan kot pinggang, jaket dan seluar jean yang kontra pada versi kot dan dipadankan pula dengan but tinggi paras lutut yang memberikan penampilan imej yang versatil.
3. Gaya Noughties
Kelihatan hebat sama ada pudar atau serba baharu, ia adalah pakaian yang wajib ada dalam almari semua orang. Potongan jean yang dihiasi dengan reka bentuk rama-rama dan tompok bersulam ini, adalah pilihan yang tepat untuk mencapai gaya Noughties yang digemari oleh Gen-Z.
Menggabungkan kekuatan jean dengan kelembutan dan keindahan rama-rama, menghasilkan rupa yang benar-benar unik dan membawa suasana yang menyeronokkan.
4. Jean Untuk Semua
Gaya seluar jean low rise ini, menampilkan ikat pinggang lusuh yang menambahkan perincian yang menawan pada imej pakaian tersebut serta dipadankan dengan jaket zip sempurna. Sama ada anda lebih suka gaya boho atau retro, atau penampilan yang lebih anggun dan moden, seluar jean secara konsisten mengeluarkan suasana yang sejuk dan tersendiri dengan reka bentuk yang mudah anda gayakan.
5. Denim Dan Seni Grafik
Menjelmakan budaya jalanan dan daya tarikan denim dalam fesyen, dengan imej muda dan gaya pakaian jalanan, ia mempamerkan gabungan denim dan seni grafik dengan corak cetakan yang bertenaga dan butiran artistik gabungan sentuhan kasual dan sporty.
Gaya longgar, bersaiz besar dan memberikannya sentuhan kontemporari, mencerminkan visi artistik dan rasa gaya yang unik.
Artikel Berkaitan: 5 Gaya Jean Selebriti Malaysia Di Minggu Fesyen Paris