Meraikan kedatangan bulan Oktober (yang sinonim dengan Pink October), jenama aksesori mewah Diamond & Platinum melancarkan himpunan Liberte, yang mana himpunan ini didominasi kilauan rose gold dan juga batu delima.
Diamond & Platinum, jenama perhiasan diri mewah diasaskan sejak tahun 1999 cukup dikenali dengan kualiti batu permata khususnya berlian yang bersinar mewah. Setiap rekaannya dihasilkan dengan teliti oleh ahli gemologi serta yang sudah sebati dengan bidang perhiasan mewah ini. Dan yang paling utama sekali, Diamond & Platinum hanya menggunakan berlian semula jadi sahaja.
Sempena kehadiran ‘Pink October’, Diamond & Platinum melancarkan Liberte Collection yang mana rekaan setiap satu aksesori dalam himpunan ini direka dengan atmosfera trend semasa yang bersifat malar segar namun masih punya statement yang tersendiri.
Dan kerana mahukan sesuatu yang timeless sebab itu jugalah sebahagiannya punya unsur vintaj dengan biasan identiti himpunan musim luruh. Apa yang boleh disimpulkan tentang Liberte Collection, ia sebuah koleksi buat mereka yang menghargai nilai sentimental dan juga untuk mereka yang berjiwa berani.
ECLAT, HIMPUNAN GLAMOR MALAR SEGAR
Jika anda pencinta rose gold, koleksi ini seharusnya anda miliki. Koleksi Eclat adalah satu refleksi atau cerminan sebuah koleksi yang dihasilkan cukup teliti dengan idea rekaan yang bersifat malar segar. Eclat dibarisi gelang dan cincin rose gold dan bertambah mewah dengan tatahan berlian 0.4 karat. Rose gold dan emas putih yang digunakan di dalam koleksi ini ialah emas 18 karat.
Gelang tangan (bangle) dalam koleksi ini kelihatan ringkas namun ada karakter. Begitu juga pada pilihan cincinnya, koleksi ini punya beberapa rekaan cincin dengan tatahan berlian yang lebih variasi, pilih mana yang sesuai dengan cita rasa mahupun personaliti diri.
CELESTIA, BERJIWA BOLD & BEAUTIFUL
Koleksi Celestia ini rasanya cukup sesuai buat wanita yang sukakan sesuatu yang punya statement, buat wanita yang senang dengan rekaan yang lebih bold namun masih ada sisi elegannya. Jika sekadar memakai satu gelang ini sahaja sudah cukup mencerminkan imej glamor dan mewah.
Celestia hadir dengan dua rekaan gelang tangan, satu diperbuat menggunakan emas putih dan satu lagi rose gold, dan kedua-duanya 18 karat. Gelang emas putih kelihatan lebih mewah dengan tatahan 60 butir berlian 1.4 karat, manakala gelang rose gold dihiasi dengan tatahan enam butir berlian 0.5 karat.
AVANT GARDE NAN VERSATIL
Jika anda mahukan sesuatu yang lebih versatil, boleh dipelbagaikan gaya pemakaiannya, Avant Garde Laura Collection adalah jawapan pencarian anda. Ada harinya anda mahu ia menghiasi dada sebagai loket rantai, dan ada harinya anda boleh sematkannya pada jari sebagai cincin. Koleksi ini memberi fungsi yang amat versatil yang mana loket ini boleh diubah-ubah kepada tiga desain berlainan sekaligus menjadikan loket ini punya stail yang tersendiri.
Loket/cincin ini direka dengan ilham gaya malar segar dengan sentuhan estatik kontemporari sekaligus menjadi cerminan pada satu gaya yang lebih versatil dan juga bebas. Rekaannya cukup unik dan tersendiri, menjadikan loket/cincin ini ada ‘jiwanya’ yang membuatkan ia sebagai satu pelaburan gaya yang amat berbaloi. Aksesori ini dihasilkan dengan rose gold 18 karat dan dihiasi dengan tatahan 34 butir berlian 0.3 karat.
RUBY BLUSH, GLAMOR LAGI MEWAH
Mewah dan elegan! Itu dua perkataan yang tepat untuk menyimpulkan koleksi Ruby Blush Brilliance. Seperti mana yang disebut di awal artikel ini tadi, Diamond & Platinum mahu meraikan ‘Pink October’ dengan aksesori mewahnya yang bertatah batu delima (ruby). Jadi bagi anda yang memang sudah sedia menyukai batu delima atau yang sudah bercadang-cadang memiliki aksesori dengan tatahan batu delima, inilah masanya.
Dua gelang yang menyempurnakan koleksi ini hadir dengan rekaan yang sarat dengan berlian. Kedua-duanya menggunakan emas putih 18 karat dan dihiasi dengan 94 butir berlian yang bertatah di sekeliling gelang. Rekaan yang satu lagi pula dimewahkan lagi dengan tatahan tiga butir batu delima bernilai 1 karat.
PINK SPARK 2023
Pada 22 Oktober ini, Diamond & Platinum akan menganjurkan Ride & Run: Pink Spark sebagai satu sokongan dalam menghangatkan kempen kesedaran barah payudara. Sertailah acara ini untuk sama-sama memberi sokongan kepada penghidap kanser pembunuh nombor satu wanita ini.
Acara run and ride ini juga dianjurkan sebagai satu medium untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kanser serta hal-hal berkaitan dengannya seperti tanda-tanda awal, gejala, termasuk juga rawatan. Acara ini juga satu menjadi satu platform untuk menunjukan sokongan kepada penghidap barah payudara dan menyeru orang ramai untuk memberi sumbangan. Anda boleh pilih untuk menyertai larian 5km atau 10km atau boleh juga menyertai acara berbasikal sejauh 30km.
Bagi setiap tiket penyertaan, Diamond & Platinum akan menderma RM10 kepada Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (National Cancer Society Malaysia). Ayuh sama-sama sertai acara ini sebagai sokongan dan penghormatan buat semua penghidap kanser di luar sana, sama-sama we paint the town pink!
Bagi sebarang tempahan, janji temu atau pertanyaan boleh layari diamondnplatinum.com
Baca: La Gaia, Ikatan Syawal Diamond & Platinum & Nurita Harith