Jangan hanya tertumpu pada kulit muka sahaja, ingat bibir kita juga penting sama seperti penjagaan wajah. Percayalah, semua orang mengimpikan untuk memiliki bibir yang lembut, gebu dan merah jambu. Maka, penting untuk kita memberikan penjagaan bibir yang sempurna.
Mempunyai bibir yang hitam boleh merosakkan “mood” anda. Ramai yang mengalami masalah dengan bibir hitam kerana kulit kering dan sensitif, jadi mereka akhirnya menggunakan banyak gincu untuk menyembunyikannya. Tetapi jangan risau, EH! sediakan 5 tip mudah untuk mengubah bibir gelap itu menjadi warna merah jambu secara semula jadi.
5 Tip Cerahkan Bibir Gelap
1. Minum Air Putih Mencukupi
Pastikan anda minum air putih yang mencukupi sebelum anda melakukan mana-mana tip yang akan dikongsikan. Salah satu sebab utama bibir anda kering dan merekah adalah kerana ia tidak cukup terhidrat. Jadi, pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Ia bukan sahaja baik untuk bibir anda, tetapi kulit anda juga akan merasakan perbezaannya. Selain itu, anda boleh menggunakan pelembap bibir dengan SPF untuk melindungi bibiur anda daripada terbakar matahari.
2. Buang Sel Kulit Mati
Membuang sel-sel kulit mati pada bibir adalah antara langkah awal yang anda patut lakukan. Menggosok bibir secara lembut dengan scrub bibir atau anda boleh membuat scrub alami dengan mencampur gula dan madu, sapu perlahan-lahan pada bibir anda, dan biarkan selama kira-kira 5 minit. Hindari menggosok terlalu keras, karana ia boleh mengakibatkan luka pada kulit bibir yang sensitif. Scrub bibir ini pada asasnya melakukan perkara yang sama seperti scrub muka, menyingkirkan sel kulit mati pada bibir.
3. Vitamin E
Vitamin E, terkenal dengan sifat pelembapnya yang luar biasa, terbukti sebagai penyelesaian yang optimum dalam memerangi isu bibir kering dan merekah. Anda boleh smalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin E atau anda boleh membeli produk yang sedia ada di pasaran. Ia berfungsi untuk memberikan anda bibir yang lembap serta mengekalkan warna merah jambu pada bibir. Selain itu, ia juga mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kejadian lipatan halus yang nyata pada lapisan epidermis bibir anda.
4. Elakkan Menjilat Bibir
Jika anda mempunyai tabiat menjilat bibir anda, sebaiknya anda berhenti kerana secara tidak sengaja, ia boleh menyebabkan bibir kita lebih kering daripada sebelumnya. Ini kerana menjilat bibir kita menyebabkan penurunan dalam minyak semulajadi yang melindunginya. Air liur, yang mengandungi enzim seperti amilase dan maltase, boleh menipiskan kulit pada bibir kita dan meninggalkannya terdedah kepada udara kering.
5. Konsultasi Dengan Pakar Dermatologi
Jika isu bibir gelap berterusan dan rawatan di rumah terbukti tidak berkesan, mungkin anda bopleh mendapatkan nasihat pakar dermatologi. Seorang profesional dalam bidang ini boleh menawarkan rawatan atau cadangan yang disesuaikan yang paling sesuai untuk menangani masalah anda.
Artikel Berkaitan: Tip Penjagaan Kulit Wajah Semasa Jerebu