Bulan Kesedaran Kanser Payudara, jenama kecantikan menggandakan usaha mengumpul dana bagi penjagaan dan penyelidikan kanser, serta menyebarkan kesedaran tentang penyakit dan simptomnya.
Oktober ialah bulan kesedaran kanser payudara, kempen tahunan yang didedikasikan untuk meningkatkan kesedaran, pendidikan dan sokongan terhadap penyakit ini.
Pelbagai jenama kecantikan bersatu dalam memerangi kanser payudara dengan mencipta produk untuk menyokong kempen ini. Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada harga produk yang dikeluarkan akan pergi ke organisasi khas untuk kanser payudara.
Estée Lauder – Advanced Night Repair Serum Edisi Terhad
Estée Lauder mengeluarkan produk edisi khas sempena bulan kesedaran kanser payudara, Advanced Night Repair Serum edisi terhad. Formula dalam serum ini memanfaatkan kuasa pemulihan pada waktu malam untuk memberi pembaharuan ketara keesokkan harinya. Serum meresap pantas ini mengurangkan pelbagai tanda penuaan yang disebabkan oleh alam sekitar kehidupan zaman moden kini. Kulit akan kelihatan lebih licin dan kurang bergaris, lebih muda, berseri dan tona sekata.
Untuk setiap pembelian Advanced Night Repair Serum edisi terhad, Estée Lauder akan menderma 100 peratus daripada harga pembelian kepada NGO Malaysia.
Clinique – Moisture Surge 100H Auto-Replenishing Hydrator Edisi Terhad
Pelembap kegemaran peminat Clinique mempunyai formula gel-krim menyenangkan dan melembapkan kulit secara mendalam tanpa meninggalkannya tekstur berat atau berminyak. Sebaliknya, ia meninggalkan kemasan berembun cantik, sesuai untuk solekan. Ia juga memberikan perlindungan antioksidan terhadap dehidrator harian, gabungan vitamin C dan E.
Sebagai penyokong Kempen Kanser Payudara The Estée Lauder Companies, Clinique akan menderma 100% hasil daripada harga pembelian Moisture Surge 100H Auto-Replenishing Hydrator Edisi Terhad kepada Breast Cancer Research Foundation
Jo Malone – Haruman Peony & Blush Suede Edisi Terhad
Intipati pesona, Peony & Blush Suede menggoda dengan bauan epal merah dan kemewahan bunga jasmin, mawar dan gillyflower. Berbaur dengan keghairahan suede yang lembut, mewah dan menggoda.
Haruman menggoda ini akan menyumbangkan 50% daripada jualan kepada Kempen Kanser Payudara Estee Lauder.
Bobbi Brown – Powerful Pink Crushed Oil-Infused Gloss Duo
Bobbi Brown melancarkan Powerful Pink Crushed Oil-Infused Gloss Duo. Dua rona dalam ‘In The Buff’ dan ‘In Slow Jam’ bukan sahaja mempesonakan tetapi juga memanjakan. Formula ini, diselitkan dengan minyak botani yang kaya dengan nutrien seperti minyak biji kopi dan minyak zaitun, memberikan kilauan lembut pada bibir, memastikan keselesaan dan membuatkan bibir sentiasa terhidrat.
Bobbi Brown akan menderma 100% hasil daripada harga pembelian Powerful Pink Crushed Oil-Infused Gloss Duo kepada Breast Cancer Research Foundation.
Tom Ford – Breast Cancer Research Foundation Lip Color Edisi Terhad
Gincu berkrim dalam bungkusan merah jambu lembut berona ‘Indian Rose’ ini, memberikan kesan yang melembapkan dan tahan lama.
Tom Ford akan menyumbangkan 100 peratus daripada harga pembelian kepada Breast Cancer Research Foundation.
La Mer – Créme de La Mer The Moisturizing Cream
Lebih daripada fungsi sebagai pelembap, Crème de la Mer The Mosturizing Cream membantu menyembuhkan kekeringan dan memulihkan kulit agar menjadi lembut, anjal dan licin. Ia juga memberi transformasi anti-penuaan.
Sebagai menyokong Kempen Kanser Payudara The Estée Lauder Companies, La Mer akan menderma 100 peratus daripada harga pembelian 15ml Crème de la Mer The Moisturizing Cream edisi terhad ini kepada Breast Cancer Research Foundation.