Pada musim Halloween, selebriti sentiasa memberi usaha lebih untuk kostum mereka. Dari seram ke glamor, ia pasti akan menjadi ikonik!
Halloween, musim paling ditunggu-tunggu kerana penyambut dapat menggayakan diri mereka seperti karakter disukai. Kostum Halloween dahulunya dipakai mengikut karakter menyeramkan seperti hantu dan serigala. Kini, ia menjadi tradisi di mana mereka menggayakan diri mengikut karakter filem atau video muzik.
Selebriti tidak lari untuk berusaha menggayakan diri mereka pada musim itu. Kostum dipakai mereka biasanya melampaui jangkaan peminat, ada yang menyeramkan, glamor dan kelakar. Denim juga menjadi salah satu idea untuk dipakai. Mari lihat selebriti Hollywood yang menggunakan denim sebagai kostum mereka.
1. Heidi Klum sebagai Michael Jackson
Halloween queen! Heidi sering menjadi tumpuan apabila tibanya Halloween kerana dia akan memunculkan dirinya dengan kostum paling menonjol. Heidi menyarungkan baju flanel dan jaket varsiti di luar besama skinny jeans. Untuk melengkapi gayanya, Heidi menyarungkan kasut loafer hitam dan solekan serigala menyerupai Michael Jackson di dalam video muziknya, ‘Thriller’.
2. Rita Ora sebagai Post Malone
Rita Ora menggayakan dirinya menyerupai penyanyi terkenal, Post Malone dengan menyarung tee kuning, baju flanel bersama denim bercorak tanpa lengan. Dia juga memakai ripped jeans potongan lurus dan melengkapkan gayanya dengan memakai aksesori dan sniker hitam bercorak. Untuk lebih menyerupai Post, Rita menyolek mukanya dengan tatu palsu dan jambang mirip Post.
3. Travis Barker sebagai Chucky
Pemain Drum Blink-182, Travis Barker memilih untuk menyerupai Chucky bersama isterinya, Kourtney Kardashian sebagai pasangan Chucky, Tiffany. Travis menyarungkan baju-t jalur berlengan panjang ikonik Chucky bersama overall denim bercorak. Dia juga menggunakan solekan wajah dan memakai rambut palsu untuk menyerupai karakter itu.
4. Leslie Mann sebagai Rollergirl
Leslie memakai baju tanpa lengan berjalur dan seluar jean bootcut dihiasi dengan kaca mata kuning berbentuk hati. Untuk melengkapkan gayanya, Leslie menyarungkam kasut roda menyerupai rollergirl dalam filem Boogie Nights.
5. Devon Windsor dan Jonathan Barbara sebagai Britney Spears dan Justin Timberlake
Menyerupai pasangan ikonik, Devon dan suaminya Jonthan memilih untuk menyerupai Britney Spears dan Justin Timberlake pada 2001 di American Music Awards. Devon memakai gaun panjang denim dilengkapi aksesori manakala Jonathan memakai satu set sut denim bersama topi sepadan.
6. Kristen Stewart dan Dylan Meyer sebagai Wayne dan Garth
Kristan Stewart dan pasangannya waktu itu, Dylan Meyer memilih untuk menyerupai Wayne dan Garth dalam filem Wayne’s World. Gaya yang simple, Kristen memakai tee polos hitam bersama ripped jeans, dilengkapi topi dan sniker hitam. Dylan pula menyarungkan tee bercorak dan baju flanel diluar bersama ripped jeans dilengkapi dengan kasut putih.
7. Dylan Sprouse sebagai ‘bloody’ Fabio
Dylan Sprouse memilih karakter berdasarkan kisah benar di mana Fabio dicakar burung semasa menaiki rollercoaster di Busch Gardens, 1999. Dylan menggayakan kemeja putih berlengan panjang bersama seluar jean dilengkapi solekan ‘darah’ dan burung palsu di poket kemejanya.
8. Cindy Crawford dan Rande Gerber sebagai Slash dan Axl Rose
Ibu bapa model dan pelakon, Kaia Garber menggayakan diri mereka sebagai ahli kumpulan Guns N’ Roses, Slash dan Axl Rose. Cindy memakai tee hitam bercorak dan jaket denim tanpa lengan. Dia juga memakai skinny jeans dilengkapi sarung tangan bertatu, but hitam dan topi ikonik Slash. Rande pula memakai tee putih bercorak dan ripped skinny jeans, dilengkapi dengan bandana dan sniker hitam.
9. Carson Daly sebagai Bruce Springsteen
Carson Daly meggayakan dirinya sebagai Bruce Springsteen dalam Born to Run di mana dia menyarungkan tiga lapis pada bahagian atas, tee putih, jaket kulit dan jaket denim tanpa lengan. Dia juga memakai jean potongan lurus dilengkapi dengan bandana di kepala dan dileher, serta but hitam.