Denim bukanlah sekadar trend fesyen semata-mata, ia merangkumi gaya yang praktikal, menjadikannya sebagai pilihan yang sesuai untuk pelbagai majlis, sama ada perhimpunan profesional atau acara yang lebih santai.
Lebih dari sekadar gaya, denim mencerminkan sikap dan perwatakan seseorang. Ia telah menjadi simbol penting fesyen, merangkumi pelbagai aspek gaya hidup. Usahawan fesyen wanita yang menggabungkan denim ke dalam gaya harian mereka bukan sahaja menyatakan minat mereka terhadap fesyen tetapi juga menunjukkan bagaimana denim boleh berfungsi sebagai kanvas kosong yang mempamerkan keberanian dalam pilihan fesyen harian mereka.
1. Vivy Yusof
Vivy Yusof sering mendapat perhatian ramai kerana kejayaan yang dimilikinya dalam membangunkan perniagaan jenama tudung dUck. Vivy yang juga dikenali sebagai blogger dan pempengaruh digital, sering mendapat perhatian terutama dalam gaya dan penampilannya. Baru-baru ini Vivy telah memuat naik satu siaran dimana dia dilihat menyarungkan jaket dan seluar denim biru, dipadankan bersama beg silang hitam yang menampakan lagi auranya yang versatil.
2. Veen Dee Tan
Kejayaan Veen sebagai pengasas bersama jenama fesyen HANYA, telah mencerminkan keupayaan luar biasanya dalam memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan. Dengan rangkaian koleksi yang pelbagai, HANYA telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama di kalangan peminat fesyen. Dee yang kerap berkongsi siaran gaya fesyennya di instagram, dan salah satu darinya menampilkan gaya yang sempurna dengan padanan seluar jean putih dan korset vintaj biru, meningkatkan daya tarikan visualnya.
3. Wan Nur Syaira
Terkenal dengan rupa paras yang cantik, pemilik jenama fesyen Saoi, Wan Nur Syaira, sering menjadi buah mulut ramai. Selain dari memberi inspirasi kepada pengikutnya di instagram, gaya fesyennya tidak hanya tertumpu pada satu gaya tertentu. Sebaliknya, dia menghadirkan keunikan melalui selera fesyennya yang luar biasa. Dalam salah satu siarannya, dia mengenakan seluar jean biru dengan potongan flare, dipadankan dengan kardigan hitam dan but kulit, menciptakan gaya yang chic dan fresh!
4. Jane Chuck
Sebagai pemilik jenama fesyen terkenal, Mother Chuckers, Jane Chuck mempamerkan personalitinya melalui setiap koleksi yang dihasilkan. Tidak hanya dikenali sebagai pengusaha fesyen yang berjaya tetapi juga sebagai ikon yang mampu mencipta trend fesyen. Jane Chuck dengan mudah memancarkan auranya yang berani dan memukau, apabila dia mengenakan seluar denim dua tona, gabungan biru dan hitam dan dilengkapi dengan baju hitam yang sempurna, menyerlahkan lagi daya tarikannya.
5. Aina Syahirah
Melalui platform digital instagram, Aina Syairah tidak hanya dikenali sebagai pengusaha dan pengasas jenama kasut terkenal Kulet, tetapi juga sebagai pempengaruh digital. Imejnya yang menawan sentiasa menjadi sumber inspirasi bagi ramai pengikut yang bercita-cita untuk mendalami dunia fesyen. Aina sering tampil dengan gayanya yang effortless, memakai set denim berwarna biru, dipadankan pula dengan kasut dan beg rona sama, menaikkan lagi gaya pesonanya.
Artikel Berkaitan: 7 Gaya Denim Pempengaruh Digital Fesyen