Semestinya kita mengimpikan kulit cantik menawan sebelum menjejaki tahun baru. Istimewa bagi penggemar kecantikan, lihat senarai 5 bingkisan produk pilihan EH! pada hujung tahun yang perlu anda miliki!
Saya pasti, ramai yang merangka azam untuk dicapai terutama sekali tentang penjagaan diri dari atas ke bawah. Ia penting untuk diri kita supaya dapat meningkatkan keyakinan diri kala tiba tahun baru. EH! kongsikan produk kecantikan yang perlu anda cuba ataupun untuk dihadiahkan kepada orang tersayang untuk mendapatkan kulit cantik apabila memasuki tahun baharu.
1. Water Bank’s Gift of Supreme Hydration daripada Laneige
Selami dunia penghidratan yang menyegarkan dengan Water Bank Blue Hyaluronic Serum dan Cream. Khas untuk berkulit kering, produk ini akan menghilangkan rasa kering dan dehidrasi kerana ia mengurangkan sehingga 92 peratus kemerahan yang disebabkan oleh kotoran bahagian luaran. Kuatkan kulit anda dan menikmati penghidratan kulit 10 lapisan mendalam yang bertahan selama 100 jam!
Boleh dapatkan di sini!
2. Set Cult Classics daripada Sulwhasoo, RM 750
Produk ikonik Sulwhasoo, First Care Activating Serum ialah serum pertama yang melegakan tekanan pada kulit anda sejurus selepas pembersihan dan menguatkan kuasa semulajadinya untuk menampakkan kulit anda kelihatan glowing! Concentrated Ginseng Renewing Cream pula ialah krim anti-penuaan dengan tekstur krim yang kaya bak sutera, menjaga tanda-tanda penuaan menyeluruh untuk kulit yang kelihatan lebih sihat.
Boleh dapatkan di sini!
3. Super Multi-Corrective Cream daripada Kiehl’s, RM 305
Krim anti-penuaan 7-dalam-1 untuk semua. Kiehl’s telah berkolaborasi dengan Icinori, pasangan suami & isteri yang pakar dalam karya bespoke merentasi seni, fesyen, dan penerbitan, untuk mereka bentuk koleksi edisi terhad. Reka bentuk ini diilhamkan oleh penciptaan alam semesta animasi dengan menarik, mewah, dan semangat untuk musim percutian. Kiehl’s Super Multi-Corrective Cream yang dipercayai kembali dalam barisan produk musim percutian. Krim corrective yang mewah ini membantu mengurangkan dan mencegah tujuh tanda penuaan yang boleh dilihat.
Boleh dapatkan di sini!
4. Hydrating Skincare Set daripada Fresh. RM 296
Set penjagaan kulit ini menampilkan keperluan yang sangat menghidratkan. Mulakan membasuh wajah dengan Soy Face Wash, berfungsi untuk membersih & menanggalkan solekan manakala Rose Toner dan Rose Oil-Infused Serum setelah selesai mencuci muka untuk menghaluskan pori-pori di permukaan wajah dan memberikan keseimbangan penghidratan & khasiat. Setelah memakai semua produk diatas, oleskan kulit anda dengan Rose Face Cream untuk kulit berembun yang gebu dengan kelembapan.
Boleh dapatkan di sini!
5. Set Majestic Melodies daripada Aesop, RM450
Set penjagaan diri ini sesuai untuk semua orang yang suka untuk memanjakan diri. Produk terkenal, Resurrection Aromatique Hand Wash dan Hand Balm memberikan kesegaran dan pengisian semula sepanjang hari, manakala Rejuvenate Intensive Body Balm dan Geranium Leaf Body Cleanser menyerikan kulit dalam aroma yang menaikkan semangat.
Boleh dapatkan di sini!