Baru-baru ini Selena Gomez mengesahkan berita bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan penerbit Benny Blanco dan ini senarai bekas kekasih Selena Gomez yang anda perlu tahu.
Selena Gomez, seorang artis dan penyanyi yang terkenal, sering kali menjadi pusat perhatian peminat dan media Hollywood, tidak hanya kerana bakat seninya yang luar biasa, tetapi juga kehidupan peribadinya yang sering menjadi sorotan media.
Bekas kekasih Selena Gomez, kebanyakkannya terdiri daripada figura publik, yang telah terkenal dengan kerjaya sendiri dan mempunyai peminat yang ramai. Walaupun ada diantara mereka telah dilabel sebagai pasangan yang serasi di mata peminat, namun, seperti banyak hubungan selebriti lainnya, tekanan media dan kehidupan yang serba terbuka membuatkan setiap langkah mereka menjadi pusat perhatian. Dan akhirnya memilih untuk berpisah.
Semak senarai bekas kekasih Selena Gomez:
1. Selena Gomez dan Benny Blanco
Selena mengesahkan dia kini menjalinkan hubungan baharu dengan penerbit muzik, Benny Blanco, 35, jika anda tidak tahu, dia telah menerbitkan lagu-lagu seperti ‘Eastside‘ nyanyian oleh Halsey dan Justin Bieber ‘Lonely‘. Dia juga pernah bekerja dengan Selena dalam lagunya, ‘I Can’t Get Enough‘ duet bersama J Balvin dan Tainy di mana dia juga membintangi video berpakaian seperti beruang teddy.
“Dia adalah segala-galanya di hati saya,” jelas Selena melalui foto muat naik di Instagram Story. Namun peminat mula mengkritik hubungan mereka dengan mendakwa dia telah membuat keputusan terburuk dalam hidupnya kerana memilih lelaki yang tidak ‘tampan’.
2. Selena Gomez dan Zayn Malik
Selena Gomez dan Zayn Malik penah menggemparkan hiburan Hollywood dimana khabar angin tentang mereka berpacaran selepas mereka mengikuti satu sama lain di Instagram pada awal tahun 2023 dan dilaporkan sedang dating di New York City.
Tetapi Zayn dan Selena tidak pernah mengesahkan khabar angin tersebut, tetapi Selena menjelaskan status singlenya dalam lagu baharunya, ‘Single Soon’.
3. Selena Gomez dan The Weeknd
Percintaan yang penuh drama! Selena pernah berpacaran dengan The Weeknd selama kira-kira sembilan bulan pada tahun 2017 dan mereka pertama kali dikaitkan dua bulan selepas Abel berpisah dengan Bella Hadid.
Namun percintaan mereka tidak panjang dan menamatkan hubungan pada Oktober tahun yang sama dan tidak lama kemudian penyanyi Kanada itu menulis tentang perpisahan mereka dalam albumnya, ‘My Dear Melancholy’. Sungguh romantis!
4. Selena Gomez dan Drew Taggart
Pada awal tahun 2023, Selena dikhabarkan sedang berpacaran dengan vokalis Chainsmokers, Drew Taggart, dengan laporan mendakwa mereka telah merasmikan hubungan pada Tahun Baru lalu. Mereka dilihat bermesra di pusat hiburan boling pada bulan Januari dan beberapa minggu kemudian digambarkan sedang makan malam bersama.
Seorang sumber memberitahu, “Mereka tidak cuba menyembunyikan percintaan mereka dan kelihatan sedang bermain boling dan menonton wayang tanpa menghiraukan orang lain, seperti pasangan yang normal.” Namun, penjelasan tentang hubungan mereka kini mungkin dilabelkan sebagai telah ‘putus’ kerana Selena kini bersama Benny.
5. Selena Gomez dan Justin Bieber
Kedua bintang itu pertama kali mencetuskan khabar angin mereka sedang bertemu janji pada 2010 dan mengesahkan hubungan pada 2011, ketika Selena berusia 18 tahun dan Justin berusia 16 tahun. Pasangan itu dengan cepat menjadi pasangan yang paling hangat diperkatakan di Hollywood sebelum pembuat lagu ‘Baby’ itu dilanda khabar angin bahawa dia telah berlaku curang terhadap Selena pada 2012, yang membawa kepada perpisahan pertama mereka.
Mereka ‘menghidupkan’ semula percintaan pada 2015 dan berpacaran selama beberapa tahun dan seterusnya tetapi berpisah untuk selamanya pada Mei 2018 apabila Selena berusia 26 dan Justin berusia 24 tahun.
Banyak laporan mendakwa bahawa hubungan itu telah ‘tidak sihat’ dan Justin kemudiannya berkahwin dengan Hailey Baldwin dua bulan kemudian.
6. Selena Gomez dan Taylor Lautner
Selena mulai berkenalan dengan bintang Twilight, Taylor Lautner pada kemuncak kemasyhurannya pada tahun 2009. Mereka bertemu ketika dia menjalani penggambaran ‘Ramona and Beezus’ dan Taylor sedang menjalani penggambaran ‘The Twilight Saga: New Moon.’
Bagaimanapun, mereka akhirnya berpisah tidak lama kemudian kerana perhatian media yang menyelubungi percintaan mereka tetapi berjanji untuk kekal berkawan.
7. Selena Gomez dan Nick Jonas
Selena bercinta dengan Nick Jonas, yang kini berkahwin dengan Priyanka Chopra, pada 2008 tetapi percintaan mereka tidak lama. Pencipta lagu ‘Lose You To Love Me‘ itu juga pernah muncul dalam video muzik ‘Burnin’ Up’ JoBros semasa mereka sedang berpacaran!
Selena mendedahkan bahawa penyanyi Jonas Brothers itu ‘seorang yang sangat comel dan berhati besar’ tetapi mengakui mereka berdua masih sangat muda ketika itu.
Baca: 5 Fakta Menarik Tentang Teman Lelaki Baharu Selena Gomez, Benny Blanco