Sudah ke penghujung tahun bagi acara karpet merah tahun ini, kami menyorot kembali 11 gaya selebriti menangkap mata di karpet merah sepanjang tahun 2023.
Gaya para selebriti sering menjadi bahan bualan apabila mereka tiba di karpet merah. Memandangkan satu lagi tahun akan berakhir, tiba masanya untuk meninjau semula gaya mereka di karpet merah yang menghiasi tahun 2023.
Pada tahun ini, A-listers memahami kuasa karpet merah sebagai platform dan pentas dunia. Ada yang mengambil peluang untuk mempromosikan pereka fesyen baru semasa ekonomi memaksa label kecil ditutup, manakala yang lain terus mendorong fesyen arkib yang mampan. EH! menyenaraikan 11 gaya selebriti di karpet merah tahun ini.
1. Rihanna di Golden Globes
Golden Globes pada tahun ini, Rihanna tampil menjadi salah seorang berpakaian terbaik. Digayakan oleh kolaborator lamanya Jahleel Weaver, Rihanna menyarung gaun baldu hitam tersuai Schiaparelli dan menyuntik glamor Hollywood lama yang romantik. Dengan selendang gebu gergasi dan sarung tangan siku baldu sepadan, Ia melengkapkan gaya elegen Rihanna pada malam itu.
2. Margot Robbie di Tayangan Perdana Barbie, London.
Sepanjang tayangan perdana Barbie, Margot Robbie dan penggayanya Andrew Mukamal dengan teliti mencipta semula rupa ikonik Barbie dalam ukuran saiz manusia. Salah satu momen paling mewah berlaku apabila Margot menyarung gaun merah jambu lembut rekaan pereka fesyen ikonik, Vivienne Westwood yang diilhamkan daripada anak patung Barbie “Evening Enchantment” edisi terhad.
3. Cardi B di 2023 MTV Video Music Awards
Cardi B tidak pernah mengelak daripada momen fesyen yang dramatik, walaupun dia biasanya memakai arkib Mugler, Balenciaga atau Schiaparelli. Tahun ini bagaimanapun, dia beralih pada pereka fesyen baru yang lebih kecil. Salah satu contoh, lebih mempesonakan ialah pakaian Dilara Findikoglu yang dipakai ke MTV Video Music Awards. Digayakan oleh Kollin Carter, gaun itu dibuat sepenuhnya daripada penyepit rambut berona perak. Sangat kreatif!
4. Anne Hathaway di Met Gala
Anne Hathaway kelihatan sungguh elegan ketika menghadiri Met Gala 2023. Busana dipakai Anne merupakan gabungan sempurna Versace dan Chanel. Pelakon yang bagaikan tidak dimamah usia itu memakai gaun sedikit meleret, monokrom, tweed, lengkap dengan pin Versace yang menyantum semuanya bersama-sama.
5. Billie Eilish di Vanity Fair Oscars
Pada Vanity Fair Oscars, Billie Eilish kelihatan berbeza dengan gaya kebiasaannya dengan memakai gaun meleret. Penyanyi terkenal itu selalunya gemar dengan menggayakan boyish look. Billie yang memenangi anugerah pada malam itu memakai gaun berona hitam rekaan Rick Owens yang sangat besar dan mencuri perhatian orang sekelililng.
6. Aweng Chuol di Fashion Awards
Aweng Chuol hadir di Fahion Awards dengan gaya menangkap mata! Aweng manyarung busana rekaan Vetements di mana gaunnya meleret dan dia mengenakan puffer jacket sama padan gaun.
7. Doja Cat di Met Gala
Tema Met Gala tahun ini memberi penghormatan kepada pereka fesyen mendiang Karl Lagerfeld, dan Doja Cat membuat kejutan dengan penampilannya, di mana dia menjadi kucing Burma putih kesayangan Lagerfeld, Choupette.
Doja Cat juga mempunyai kuku yang diilhamkan oleh kucing, dan ciri soleknya, cat eyeliner dan hidung seperti kucing. Pakaian itu dilengkapi dengan penutup kepala berlian, gelang, dan cincin.
8. Jessie Buckley di 95th Annual Academy Awards
Jessie Buckley melangkah ke 95th Annual Academy Awards dengan gaya ‘romantic goth‘. Dia menyarung busana hitam yang jarang, berenda dan dipenuhi manik bersama puff sleeves rekaan Rodarte.
9. Munroe Bergdorf di Fashion Awards
Munroe menyarung busana berona ungu, pleated dan korset lengkap dengan perincian tali dan perkakasan rekaan istimewa Robert Wun. Melengkapkan gayanya malam itu, Munroe memakai kasut tumit tinggi hitam, rambut wavy dan solekan bibir berona ungu gelap.
10. Lisa Rinna di Fashion Awards
Lisa Rinna kelihatan seperti dewi gothic di Fahion Awards 2023. Lisa menghadiri karpet merah dengan gaun berduri berona hitam rekaan Chet Lo. Reka bentuk off-the-shoulder menampilkan duri pada garis leher, lengan dan skirtnya. Dia menambah aksesori dengan anting-anting gelung berlian dan tumit bertatah.
Lisa membuat penampilan lebih mengangkap mata dengan dandanan rambut yang tajam sama padan helaian hitamnya. Untuk solekan, dia mengenakan pembayang berona hitam, kontur tajam, bulu mata panjang dan bibir berkilat.
11. Maya Jama di Fashion Awards
Maya Jama menyarung busana ala korset rekaan Dolce & Gabbana semasa menghadiri Fashion Awards. Gaun putih suci itu menyuntik elemen dramatik dan seksi pada gaya ‘innocent‘. Melengkapkan penampilan dramatiknya, dia mengikat rambutnya menjadi sanggul rendah yang anggun, stoking setinggi paha, kasut tumit stiletto dan memilih gincu berona merah gelap.