Bersedia untuk horoskop 2024 anda? Tahun ini pasti dipenuhi dengan kejutan yang akan mempengaruhi setiap perubahan dalam kerjaya, cinta, self-growth dan segala-galanya.
Apakah yang bakal menanti anda di 2024? Pasti antara kalian sudah merancang atau tidak merancang pelan 2024, menanti apakah ia tahun yang baik untuk dilewati ataupun ia tahun yang penuh cabaran. Horoskop 2024 yang EH! senaraikan ini mungkin membantu sedikit tentang perancangan tahun 2024 dan sedikit kejutan pasti menyinggah antara persimpangan bulan.
1. Capricorn (22 Disember – 19 Januari)
Tahun ini akan menjadi tahun untuk diingati! Anda akan melupakan kebencian, keraguan dan perkara negatif akhirnya menyedari betapa pentingnya diri anda. Anda tidak akan cuba memenuhi jangkaan orang lain terhadap anda. Sebaliknya, anda lebih menghargai diri sendiri.
Anda sedang melangkah ke musim baharu dalam hidup yang akan dipenuhi dengan sifat positf dan lebih sihat berbanding dahulu. Anda akan membina keluarga sempurna, yang benar-benar sepadan dengan semangat anda dan membuatkan anda berasa lebih selamat dan dilihat. Nikmati apa yang 2024 tawarkan kepada anda!
2. Aquarius (20 Januari – 18 Febuari)
Segalanya tentang percintaan, kreativiti dan keseronokan. Tahun ini anda akan mendapati bahawa kehidupan seolah-olah sudah tersusun dalam cara yang paling ajaib. 2024 akan menjadi tahun yang penuh dengan persahabatan yang menggembirakan, perjalanan yang menyeronokkan dan percintaan yang sedang berkembang pasti mengujakan anda. Ps, juga memulihkan sesuatu dalam diri anda.
Anda biasanya akan mendengar pendapat dan arahan orang lain tetapi tahun ini, kehidupan akan mula berubah pada tempatnya, memberi anda peluang untuk melihat betapa kuatnya diri anda dengan kelancaran kerja dan rezeki melimpah kerana kerja keras yang anda lakukan selama ini. Anda tidak lagi akan mengejar kehidupan yang anda inginkan, sebaliknya, akan menjalaninya tahun ini dengan seadanya dan mendapati semuanya seolah-olah berada di tempat yang sepatutnya.
3. Pisces (19 Febuari – 20 Mac)
Horoskop tahun ini akan membuatkan anda berasa seronok dan bebas apabila anda mula menyelami hobi dan menjalani kehidupan baharu yang anda tidak biasa. Anda mungkin ingin menukar tempat tinggal atau mengembangkan keluarga dalam beberapa cara. Tumpuan utama pada tahun ini adalah untuk membenarkan diri anda berkembang menjadi ekspresi diri sepenuhnya.
Anda perlahan-lahan akan membimbing diri ke arah jalan ekspresi diri dengan bersikap baik kepada diri sendiri. Ya, anda mungkin berada dalam pekerjaan atau hubungan sambil bersikap tidak baik kepada diri sendiri, tetapi apakah faedahnya? Berapa lama ia akan bertahan? Jadi biarkan tahun ini menjadi bukti sejauh mana kebaikan dan belas kasihan diri boleh membawa anda. Anda akan terkejut melihat betapa baiknya tahun ini berakhir jika anda boleh menggunakan kesemua 12 bulan ini dengan bijak dan penuh kasih sayang.
4. Aries (21 Mac – 19 April)
Anda akan berasa seperti berada di laluan yang betul dan bergerak pada kelajuan tinggi! Apabila gerhana bulan Libra tiba pada 25 Mac, anda akan merasai hubungan dan rasa intim yang mendalam pada kehidupan cinta anda. Perjuangan cinta yang anda rasakan sebelum ini akan bersinar apabila anda mula bertentang mata dengan The Ones.
Apabila Venus memasuki tanda Aries pada 5 April, anda akan melihat perubahan dalam cara anda dilihat oleh orang lain dan tahap penerimaan diri. Pedulikan penilaian orang lain, tumpukan diri sendiri sahaja ke versi yang lebih baik. Kerjaya dan diri anda akan terjalin apabila anda mula menyedari perkara yang penting dan berusaha sepenuhnya untuk menghidupkan realiti itu.
5. Taurus (20 April – 20 May)
Tahun ini akan meningkatkan kehidupan anda dengan pelbagai cara baharu. Bahagian menarik tentang ini ialah penampilan anda – anda akan kelihatan lebih cantik dengan identiti baharu yang sejajar dengan matlamat utama anda.
Anda mungkin bergelut dengan melepaskan rakan dan perhubungan yang menghalang anda daripada mencapai tahap tertinggi anda.
6. Gemini (21 May – 20 Jun)
Beberapa bulan pertama tahun ini mungkin berasa amat menggembirakan apabila anda bernasib baik dalam mendapatkan kerjaya anda. Ini adalah peluang yang baik untuk anda bersandar pada komuniti dan meminta orang lain mengisi ruang kosong yang anda rasa. 2024 akan menjadi tahun di mana anda menyedari bahawa lebih banyak kebebasan yang akan anda miliki.
Hidup bukan tentang perbandingan, jadi kurangkan membandingkan diri dengan orang lain.
7. Cancer (21 Jun – 22 Julai)
Canser, tahun ini akan membawa anda peluang seumur hidup apabila ia berkaitan dengan kerjaya anda!
Anda mungkin pada mulanya berasa takut untuk mengambil langkah ini, tetapi jika anda mempercayai diri, anda akan mendapati bahawa alam semesta telah menyokong anda untuk mengambil langkah ini selama ini. Tahun ini lebih memfokuskan tentang perkembangan diri dan lebih “memilih diri” maka kehidupan yang anda inginkan-segala-galanya akan berada di dalam kawalan.
Tetapi untuk percintaan, ingat untuk berhenti menyalahkan orang lain atas perasaan ‘reject‘.
8. Leo (23 Julai – 22 Ogos)
Tahun 2024 akan meminta anda untuk menumpukan pada hubungan dan komitmen jangka panjang anda. Anda akan mengalami perasaan cinta atau peluang sekali dalam seumur hidup jika anda benar-benar komited. Anda akan meneroka diri baharu dalam diri dan mungkin juga mendaftar ke pekerjaan baharu, memainkan peranan baharu dalam kehidupan seseorang atau mendapati diri anda berada di rumah baharu.
Akan ada “syarat” yang panjang untuk apa sahaja yang anda inginkan, jadi anda perlu bertanya kepada diri sendiri selalu apakah matlamat akhir yang anda benar-benar inginkan. Jika anda berpindah, berkahwin, atau bekerja untuk menarik perhatian orang lain, ia akan menjadi pengalaman yang buruk.
9. Virgo (23 Ogos – 22 September)
Virgo, anda akan menyedari betapa mudahnya kehidupan apabila anda berhenti tabiat bimbang dan meragui diri sendiri.
Tahun 2024 ini akan melihat anda melepaskan tabiat lama yang membuatkan anda ketakutan, berhutang dan merendahkan diri anda atau kerja anda. Kerjaya anda akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi pada tahun 2024, membuatkan anda berasa seperti bintang di pejabat. Satu-satunya perkara yang menghalang anda daripada bersinar adalah dikelilingi oleh orang yang salah.
10. Libra (23 September – 22 Oktober)
Libra, anda mungkin secara tidak sedar akan meletakkan diri anda dengan membuang masa, wang, tenaga atau beberapa gabungan aset berharga pada kehidupan pada masa lalu.
Tahun 2024 adalah tahun yang dialu-alukan untuk perubahan besar—dan ia mungkin akan melibatkan kos keselesaan anda. Anda mungkin berpindah ke bandar baharu, memulakan laluan kerjaya baharu atau mencuba perhubungan baharu.
11. Scorpio (23 Oktober – 21 November)
Tahun ini adalah tahun dimana anda akan melepaskan sesuatu dan dilahirkan semula.
2023 mungkin amat sukar untuk anda kendali. Tetapi 2024 – tahun transformasi dan kelahiran semula, anda akan berpeluang untuk melakukan sesuatu yang diimpikan selama ini. Tetapi terdapat aspek yang mungkin menyekat anda pada tahun ini iaitu rasa kekurangan dan ketakutan. Walau bagaimanapun, jangan biarkan perasaan ini menguasai diri!
12. Sagitarus (22 November – 21 Disember)
2024 akan menjadi tahun terindah untuk anda. Anda akan mendapati bahawa setiap peluang yang datang kepada diri sebenarnya menguntungkan dan mungkin bakal menyakiti diri anda.
Anda akan berasa kagum dan bersedia untuk melupakan kisah percintaan lama dan menerima diri baharu anda – tahun memperbaiki diri. Anda seorang pahlawan yang kuat dan tahun ini akan anda akan berada di beberapa pertempuran paling sukar tidak dilawan, tetapi dengan kepekaan dan keberanian dalaman, anda akan mendapat kehidupan yang selesa dan itu kini akan diberikan kepada anda melalui menebus masa lalu anda.