Kadang-kadang rasa malas hendak memakai denim sebab cuaca panas membuatkan kita kadang-kadang tak selesa. Dan bila dicuci, lambat pula keringnya!
Saya percaya saat ini ramai yang sudah mula mula mencari-cari tiket murah atau tempat penginapan untuk mengisi masa senggang. Masakan mahu dibiarkan kemeriahan musim panas begitu saja. Melihat perkongsian teman-teman di media sosial, ramai juga yang sudah pun berpergian ke pantai-pantai, Bali dan Phuket misalnya.
Ketibaan musim panas adalah satu momen yang dinantikan ramai khususnya penginap negara empat musim. Inilah masanya untuk mereka mengeluarkan semula singlet, baju-t nipis bersama celana pendek untuk digayakan. Levi’s turut sama meraikan ketibaan musim ini dengan helaian yang lebih ringan dan tipis. Dan untuk orang kita memang sesuai benar sementelah negara kita memang panas-lembap sepanjang tahun.
DENIM RINGAN, TAK PANAS LAGI SELESA
Fabrik kapas dan linen berserta denim ringan antara yang melemngkapkan himpunan musim panas label denim tersohor ini. Bagi perempuan, Levi’s menyajikan Denim Featherweight yang mana fabrik denim ringan ini diabadikan sebagai celana High Baggy, Carpenter Shorts dan juga pilihan skirt.
Tidak cukup dengan itu, Levi’s juga menambah pilihan fabrik pada potongan seluar ikoniknya seperti 501® 90s dan 501® Crop yang ditampilkan dengan fabrik kapas tencel shrink-to-fit™. Ada juga pilihan korduroi yang amatlah ringan serta lembut. Pasti selesa digayakan biarpun dalam cuaca nan membahang.
Kebangkitan semula stail bohemian era 70-an juga dimanfaatkan sepenuhnya pada koleksi kali ini dengan perincian feminin seperti pintuck, lubang kecil atau eyelet serta fabrik kapas berangin. Helaian Gaun Cici, Tank Cici dan Blaus Lykka memberikan suasana musim panas boho dengan suntikan feminin. Baju klasik namun cool seperti kemeja Joyce Resort pula akan menjadi helaian utama musim panas ini berikutan penggunaan kapas tencel biru nila yang ringan, corak berpetak seersucker dan eyelet kapas lembut. Trend boho ini diimbangi dengan helaian-helaian tumpuan bagi cuaca hangat seperti Gaun Halter Janeesah dan Korset Denim Bella yang direka daripada denim ringan.
Bagi lelaki pula Levi’s mahu anda bercanda-cadai di musim panas ini dengan himpunan celena pendek mereka. Lihat saja seluar pendek denim 468 Stay Loose, 501® (dalam potongan pendek) dan The XX Authentic Chino Short, ia ditampikan dalam stail yang masih kemas biarpun atmosfera gayanya amatlah santai. Bagi yang gemarkan gaya yang lebih longgar, seluar kargo misalnya, bolehlah memilih seluar kargo 568™ Loose Straight.
DENIM CEPAT KERING
Satu hal yang kita maklum fasal denim atau jean ialah, fabriknya tebal dan kalau dicuci memang ambil masa yang lama untuk kering. Menyedari hakikat ini, Levi’s memerah idea mencari jalan bagaimana untuk mencipta fabrik denim yang tak mengambil masa yang lama untuk dikeringkan. Inovasi yang dibawakan oleh Levi’s ini dinamakan sebagai Performance Cool Denim yang mana ia menyerap lembapan, selesa dan sejuk dipakai serta mudah pula kering.
Sempena musim panas ini, Levi’s menambah satu lagu pilihan material buat seluar ikoniknya seperti 511® Slim, 505® Regular, 501® ORIGINAL, 512® Slim Taper dan 502® Taper. Manakala untuk perempuan pula, Performance Cool Denim dapat dinikmati pada pilihan celana seperti 724 High Rise Straight, Ribcage Straight Ankle, Baggy Wide Leg dan 314 Shaping Straight.
Kesemua himpunan terbaru ini sudah berada di butik Levi’s dan juga secara dalam talian di pautan INI!