Bawalah apa saja jenama, saiz atau rekaan bagasi lama anda ke Samsonite, dan nikmati potongan 40 peratus untuk bagasi baru anda.
Saya ke butik baru Samsonite di Pavilion Kuala Lumpur pertengahan bulan lalu. Butiknya luas, cahaya terang menerangi segenap sudut butik jenama bagasi tersohor dunia ini. Di ruang masuknya terpampang poster Luggage Trade-in campaign!
Bermula Mei lalu hingga 23 Jun ini, Samsonite membuka ruang untuk anda semua trade-in bagasi lama dan anda berpeluang menikmati potongan 40 peratus untuk bagasi baru Samsonite. Samsonite menawarkan dua koleksi bagasi untuk kempen ini, iaitu NUON dan Magnum Eco.
Apa yang menarik tentang dua koleksi ini ialah pembikinannya yang mengambil kira hal kelestarian (sustainability). Kedua-duanya mengulang pakai bahan kitar semula. Bahagian luarnya menggunakan plastik bekas yogurt yang dikitar semula. Manakala bahagian dalamnya pula memanipulasi botol PET.
Bagi kempen ini Samsonite menjalin kerjasama dengan Kloth Cares iaitu sebuah organisasi yang secara aktif melakukan kerja-kerja berkaitan kitar semula dan kelestarian baik bagi tekstil, plastik dan pakaian. Kloth Cares akan membantu proses pengitaran semula juga perlupusan bagasi yang anda trade-in dengan cara yang mematuhi etika.Tambah menarik, setiap pembelian menerusi kempen trade-in ini, Samsonite akan mendermakan RM10 kepada WWF Malaysia.
NUON & MAGNUM ECO
Jatuh cinta pada pandang pertama, itu yang boleh saya simpulkan saat kali pertama saya membelek Magnum Eco. Apa yang buat saya jatuh cinta? Saya tertarik pada rekaan dalamannya yang nampak ‘raw’, tiada sebarang lining atau alas kain yang memisahkan ruang dalam dan material luar bagasi ini. Bagi saya ia sesuatu yang berbeza jika dibandingkan dengan bagasi lain termasuklah bagasi Samsonite. Saya secara peribadinya merasakan idea sebegini cukup sleek dan unik.
Nuon pula bagi saya meneruskan identiti Samsonite yang arif menghasilkan bagasi yang ringan dan lancar rodanya. Ia punya kelebihan tersembunyi dalam menambah keluasan isi bagasi disamping kunci keselamatan yang efisien.
Bagi maklumat lanjut tentang kempen trade-in ini, anda boleh klik pautan INI!